Bismillahirrahmanirrahim . . .
Tersebutlah kisah.
Bermulanya sebuah permulaan.
Yang baru hendak bermula.
Dengan terceritanya sebuah cerita.
Yang bercerita tentang sebuah pencerita.
Setiap kata merupakan peringatan untuk kita.
Lebih-lebih lagi orang yang sedang berkata-kata.
Kerana dosa orang di sini lebih berjuta tidak terkira T.T
Kenapa 'punchline'?
Sebab itulah yang orang sekarang asyik tercari-cari.
Sesuatu untuk bersuka-suki.
Kalau boleh semua benda nak ada jenakanya.
Ketawa tak ingat dunia.
Tak sedar,
Dunia pun mengetawakan kita.
Gelap.
Apa yang gelap?
HATI.
Hati Mati.
Terkapar-kapar mencari Kris Dayanti.
Sedangkan dia sudah lama Menghitung Hari.
*Ok itu contoh punchline level 1 yang sangat loser*
Tak salah nak berhibur.
Jaga batas.
Jaga bahasa.
Jangan melampau.
Settle .
Blog lawak?
We'll see.
Sama ada menjadi atau hambar.
Punchline tepat atau ke laut.
Sebab yang pentingnya apa?
Yup.
M E S E J .