Sunday, July 19, 2015

Sinthesis Raya









Bergema takbir di pagi raya .


Menyambut Syawal tiba.

Bulan mulia.


**************************************************



Hari di mana kisah-kisah lama dibangkitkan semula.


Ratusan orang dijumpa dalam 1 hari.

Memerhati pelbagai kerenah.

Jutaan ragam.


Ada yang cantik di mata.

Ada juga yang hanya menjelikkan pemandangan mata.



It's okay.

Manusia kan tak sempurna.

Tapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha ke arah kesempurnaan.

Yang cantik kita jadikan tauladan.
Yang buruk jadikan pedoman.


Jernih diambil, keruh dibuang,



Segala pemerhatian keluarga dibuat analisis dan disinthesiskan sewaktu perjalanan pulang.

Menjadi pengajaran sekeluarga.

. . . . . . . . 


"Sebab tu la Aiman kena cari isteri yang boleh ngam dengan mama."

"Pastikan sebelum Aiman luahkan apa-apa kat sesiapa, bawak dia jumpa mama dulu."

"Pandai masak tu boleh dididik. Yang penting PANDAI MENGEMAS."

"Cari yang ringan tulang. Yang boleh renyah-renyah kat dapur."

"Lepastu lagi bagus kalau yang boleh masuk dengan orang tua."

"Paling penting cari yang hormat orang tua. Banyak mama jumpa dah zaman sekarang yang isteri layan mak mertua macam kawan je." 

"Kalau boleh jangan cari yang berat mulut. Tapi kalau yang banyak sangat mulut pun susah jugak. Cari yang peramah pada tempatnya la."

"Ala Aiman pun mama tahu mesti cari yang tak banyak mulut sangat kan?"


"Dah ada ke belum man?"



Seorang emak apabila demand tentang bakal menantunya .


"Nanti nak cari yang kerja apa man?"


"Cikgu."


Beginilah berakhirnya sinthesis raya setiap tahun.

Anak pun tak sempat nak tepis serangan-serangan maut seorang ibu.
Kadang keliru.

Yang nak kahwinnya anak ke emaknya?



Tak ada gunanya andai sudah ada sesiapa sekarang.

Habis belajar pun paling kurang 6 tahun.


Kala itu, 
Semua pilihan yang sedia ada sekarang akan disunting orang.


Setiap yang berkenan sekarang memang terpaksa diabaikan.

Demi masa depan semua.



Tapi apabila tiba masa ijazah dalam genggaman,

Akan ku beri #PickuplineRaya, 


Dengan lafaz Bismillah .






Hahahahahaha *mudah terhibur*


Begitulah drama-drama entry Hari Raya.


Maaf Zahir Batin.

Selamat Hari Raya Everyone :)




 
Header Background Designed by Freepik