Wednesday, January 27, 2016

Hujan Setitik .







"Kadang kita sibuk dengan kesalahan kecil orang lain sampai terlupa dengan kesalahan sendiri yang sebesar gunung."



Aku yang dulu.


Jangan pernah tanya soal itu.
Tiada langsung benda menarik untuk diceritakan.

LANGSUNG.

Sebab ceritanya hanya akan dihiasi dengan kejijikan dosa sendiri.

Jahat.
Hampir semua dosa aku pernah buat.

Jahil.
Aku selalu rasa malu dengan diri sendiri.
Rasa hina dengan kebusukan hati.

Mungkin tiada benda dalam dunia yang boleh dijadikan simbolik untuk menunjukkan betapa gelapnya hati ini.

Jijiknya rasa dengan tangan yang asyik kotor dengan dosa.
Sedang orang sekeliling semua sibuk mengumpul pahala.


Aku tak seperti yang semua sangka.
Jangan sangka aku ini baik seperti yang kamu lihat.


Jangan sangka aku ini sentiasa terpelihara.
Jangan sangka aku ini seperti manusia sempurna.


Itu akan lebih menyakitkan.
Kerana semua itu adalah perjalananku semata bagi memadam segala yang pernah dilakukan.

Hanya tuhan yang tahu segala kisah aku.

Ya.
Hanya tuhan dan aku.


Betapa hinanya rasa.
 Bergaul dengan rakan yang berjuta pahala.

Sedangkan diri kalau ditimbang pahala dan dosa,
Sendiri boleh faham belah mana yang akan lebih menunjukkan kuasa.

Di saat inilah cubaan untuk berubah beribu kali muncul.

Malangnya, hanya muncul.
Digapainya tiada.

Sepertinya berubah itu sesuatu yang aku tak mampu.

Malunya dengan Dia.

Sampai sekarang rasanya pahala belum dapat menandingi dosa.


Seorang ulama pernah kata,

"Setiap hujan yang jernih itu datangnya daripada awan yang gelap. Jangan putus asa mengejar keampunan-Nya."


Ayat yang sangat memberikan harapan.

Kadang kita lupa.
Kita fikir sikap pengampun-Nya sama seperti manusia.

Sedangkan nabi mengampunkan umatnya.
Apatah lagi Dia yang merupakan pencipta nabi itu sendiri.

Jangan pernah putus asa.

"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya."
(Surah az-Zumar 39:53)


Kalau kau rasa diri kau teruk,
Tiada bezanya antara kita.

Tapi kita akan jadi lebih teruk kalau putus asa daripada memohon keampunan-Nya

Kalau nak lawan siapa lagi teruk, tak mengapa aku awal-awal akan angkat bendera.

Teringin nak jadi hujan yang jernih.
Dah penat berada dalam kegelapan awan.


Kali ini hujan bukan bererti kesedihan.
Tapi sebagai lambang kesucian.


Entry ini memang nak biar rasa diri ini penuh dosa.
Bosan tengok zaman sekarang asyik menuding sini sana.

Hidup kalau nak terlampau suka tak boleh juga.
Asyik nak dihamburkan dengan punchline pun tak boleh juga.

Punchline tak boleh bawa kita ke syurga.
*Mak aihh dah kenapa tiba-tiba je*

Tapi boleh jika punchline itu digunakan ke arah jalan dakwah.

InsyaAllah .


Bila mana seseorang itu rasa dia tiada dosa, sebenarnya dialah yang paling banyak dosanya.


Sekian saja secebis bingkisan kata.


Yang Benar,

Sang Pendosa.


 
Header Background Designed by Freepik