Hanya waktu yang menentukan kita.
Hanya waktu yang bisa bicara.
Tuhan saja yang tahu bagaimana penguhujungnya.
Semuanya soal masa.
Masa saja yang bisa merungkai kata-kata.
Bibir kelu.
Lisan seolah bermangga.
Mulut terkaku.
Tak mampu mengawal segala deria.
Untuk lafazkan bicara.
Untuk luahkan segalanya.
Untuk ungkapkan,
"Sudi tak terima saya."
*letak pen*
*konyok kertas*
*buang*
Perasan atau tidak,
Hidup kita takkan lari daripada cinta.
Ya.
Cinta itu fitrah.
Tapi bukanlah bermaksud perlu fikir cinta setiap masa.
Perkara fitrah juga perlukan masa.
Masa yang sesuai.
Saja nak tanya.
Random question.
Pernah tak terfikir.
Apa yang akan kau buat,
Jika orang yang kau suka diambil orang?
Setelah lama menyimpan rasa.
Sekian lama memendam kata-kata.
Tapi dek kerana masa,
Dia terlebih dahulu menjadi permaisuri sehari.
Kau pula hanya sekadar pemerhati.
Bibir terus mengukir senyuman.
Seakan semuanya kau terima dengan gembira.
Seperti meraikan rakan di hari yang bahagia.
Semuanya,
Dek kerana masa .
Kau belum bersedia.
Dia pula berhadapan pinangan yang terpaksa diterima.
Kerna dia takut kau tak rasa apa yang dia rasa.
Kau pula tak mampu nak luah apa yang dirasa.
Kerana kau tahu,
Sekarang ini belum sampai masa.
Fuh complicatednya cerita.
Endingnya pun tak tahu nak expect macam mana.
Apa kata kalau kita lajukan cerita.
Mesej utama kalini sangatlah bukan untuk suruh bercinta.
Tapi nak ingatkan,
Inilah kehidupan.
Tak semuanya akan macam drama cinta.
Kadang-kadang ada yang kita tak mampu kawal.
Dan tak mampu miliki.
Tapi yang penting,
Jangan terlampau tergila-gila mengejar kasih sayang manusia.
Dan jangan sekali-kali berubah kerana seseorang yang tidak pasti.
Cukup ramai dalam hidup aku yang berubah kerana wanita.
Jangan takutkan kesunyian.
Kita kan memang tak pernah keseorangan.
Kita kan ada Si DIA.
Peneman sejati.
Itu belum kira mak ayah lagi.
Ingat.
Peneman Sejati tu jugalah yang akan bagi kau peneman hidup.
So mintaklah gila-gila.
lafazkan keinginan dalam doa.
Laut dan pantai pun boleh berubah.
Inikan pula hati manusia.
Kan?
*ambil balik kertas yang buang tadi*
*simpan dalam laci*
Bukan apa.
Manalah tahu boleh bagi puisi tu sekali dengan masa hantaran kau nanti.
Chia chia chiaaaa.
#pickuplinedewa
Okbye.