Sunday, May 8, 2016

Kembara Kota.







"The world is a book. You have to travel to read the next chapter."


Kota rayaku.
Kisah seribu satu.
Abadi di jalananmu.

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba, dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila sila

Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah,
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Ohh, kotarayaku,
Kisah seribu satu,
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Dipijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura kura



Bukanlah ayat aku.
Tapi bait sebuah lagu.

Kota Rayaku.

Lirik penuh makna tersirat.
Semuanya telahpun aku saksikan sendiri.
Semuanya.


Sengaja aku ambil keputusan mengembara di kota.
Nak lihat gelagat manusia.

Itu yang aku minta.
Itu juga lah yang aku dapat.

Semua dapat aku lihat.

Seribu satu perangai.
Seibu satu kerenah.
Seribu satu mentaliti.

Di satu laluan kaki lima yang sama,
Wujudnya 2 golongan manusia yang berbeza.

Yang cacat anggota berusaha bermain muzik mencari rezeki,
Yang sempurna pula hanya duduk menadah 'mangkuk duit' di kaki.

Yang serba kekurangan masing-masing punya semangat semarak api.
Yang cukup semua pula hanya tahu putus asa.

Inilah keunikan dunia.

Kadang kita yang sempurna ini terpaksa belajar cara menempuh hidup daripada mereka yang 'istimewa'.

Mungkin mereka cacat di luar,
Tetapi sempurna di dalam.


Di kota raya inilah tempatnya,
Jika kau mahu lihat bermacam keanehan pasangan.

Arab bersama cina.
Orang putih bersama orang hitam.


Ada hubungan mereka yang sangat mesra.
Malah ada juga yang menarik rambut bercakar muka.


Kuala Lumpur.
Kota yang sangat 'hidup' di malam hari.

Sedang berjalan kaki,
Tiba-tiba datang lelaki cina tua.


"You mau amoi ka?"

Yup.
Itulah Kuala Lumpur.
Kota yang dianggap penghidup mimpi manusia.

Kembara kota.

Sebuah kembara yang takkan mungkin akan ku lupa.
Hanya dengan memerhati,
Pengajarannya boleh menusuk jiwa dan hati.

"The more you travel, the more you'll see."

Mengembaralah.
Kau akan lihat dunia.
Dunia yang selama ini kau pun tak pernah terbayang sebegitu rupa.
Dunia yang akan buat kau buka mata.
Kerana segala pengajarannya tak akan sampai jika kau hanya membaca.

Ya.Mengembara lah. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Kan? :)


 
Header Background Designed by Freepik