Thursday, July 28, 2016

Satu Kalimah .



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka." 
(QS. al-Anfal: 2)



La ilaha illallah .


Kalimah yang satu.
Huraiannya beribu.

Allah Maha Kuasa.
Dia Yang Satu.


Tiada tuhan melainkanNya.
Selain dari Allah adalah makhluk semuanya.


Makhluk langsung tiada kuasa.



Allah boleh lakukan sesuatu dengan asbab.

Allah boleh lakukan sesuatu tanpa asbab.


Dan Allah boleh lakukan sesuatu berlawanan dengan asbab.



Dengan makan, Allah boleh bagi kita kenyang.

Tanpa makan pun Allah boleh bagi kenyang.

Tapi dengan makan juga,
  Allah boleh jadikan kita makin lapar dan bukannya makin kenyang.

Ya.
Memang sunnatullah.
Dengan makan itu boleh kenyangkan.

Tapi kali ini kita berkata-kata untuk teguhkan iman.
Pointnya sekarang adalah keyakinan.
Yang berkuasa itu Allah atau makanan?


Takut kita terlalu percaya pada makhluk.
Sehingga fikir bahawa tanpa izinNya pun kita boleh kenyang dengan makanan.


Jangan berharap pada makanan.
Anggaplah makan itu sebagai usaha dan ikhtiar.
Dan yakinlah bahawa yang mengenyangkan kita bukanlah makanan.
Tapi Allah swt.



Jangan berharap pada manusia.


Kerana segala yang ada pada kita itu semua daripada Dia.

Manusia juga makhluk.
Dan tadi kita kan dah yakin,

Makhluk langsung tiada kuasa :)


Allah Maha Hebat.



Setiap apa yang berlaku adalah dalam kawalanNya.
Setiap daunan yang berguguran di tengah belantara,
Adalah dalam kawalanNya.

Setiap butir pasir yang bergerak berombak-ombak di bawah laut,
Adalah dalam kawalanNya.

Setiap perbuatan dan kejadian yang berlaku pada manusia,
Juga di bawah kawalan dan penguasaanNya.

Minta pada Dia.

Berdoalah seperti seorang hamba.
Jangan lagak seperti kita pula yang seorang raja.

Kerana yang sebenar raja hanyalah DIA.



Allah Maha Mengetahui.



Setiap tingkah laku sang hamba,
Setiap zarah yang bergerak ke sini sana,
Setiap molekul air yang sentiasa bergelora,
Setiap gerakan hati manusia,

Semua itu dalam pengetahuanNya.

Dia tahu apa yang akan kita lakukan.
Dia tahu alasan apa yang akan kita berikan.

Dan Dia tahu taubat yang bagaimana yang akan kita sujudkan.

Dengan pengetahuan yang tiada batasan,

Adakah kau masih fikir yang Dia terlupa untuk mengatur hidupmu?


Allah Maha Penyayang.


Sejauh mana sayang ibu pada anaknya,
Sejauh mana sayang nabi pada umatnya,
Terlalu kecil jika dibanding sayang Allah pada hambaNya.

Dia yang paling penyayang.
Dia juga yang meletakkan sifat sayang dalam hati setiap manusia.


Dia yang memegang segala hati.



Dia yang berkuasa meletakkan sayang dan benci
Tak perlu minta hati daripada manusia.

Kerana sesungguhnya segala gerak hati adalah daripada Dia.

Minta pada Allah.

Paling utama,
Mintalah cinta dan sayangNya.

Dapatkan cintaNya.
Dan kau akan dapat cinta manusia.


Ya Allah.
"Berikan kami cintaMu meskipun kami langsung tidak layak untuk menerima."

"Jadikanlah keluarga kami keluarga yang saling menyayangi dan mencintai."

"Jika dia yang terbaik untukku, Jaga dan persiapkanlah hati kami."

"Jagakan hati kami."


Allah Maha Memaksa.


Dia yang memaksa hambaNya ke arah yang dikehendaki.
Dia yang memperbaiki kelemahan hamba-hamba-Nya,

Dia yang merawat kalbu yang jatuh di hadapan-Nya, 
Dia yang memberi kecukupan kepada yang fakir di bawahNya.
Dia jugalah yang memuliakan yang hina

Yang menjadikan kita berasa mudah tika susah.
Yang menjadikan kita tenang ketika resah.

Allah boleh memaksa kita berhadapan sesuatu,
Dengan menghadiahkan kekuatan.

Allah boleh memaksa kita merenangi sesuatu,
 Dengan memberi pelampung kehidupan.

Allah boleh memaksa kita menerima kehilangan,
 Dengan meletakkan hati sebuah kesabaran.


Ya Allah.
"Paksalah kami untuk bertaqwa kepadaMu."

"Teguhkanlah kami dalam menghadapi ujianMu."

"Kuatkanlah kami dalam merenangi kehidupan."

"Tabahkanlah kami dalam menerima segala kehilangan."



Tiada tuhan melainkanNya.


Rasulullah SAW bersabda: 
“Perbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kami memperbaharui iman kami?”. Beliau menjawab, “Perbanyakkanlah mengucap Laa ilaaha illallaah.”
(HR Imam Ahmad dan At Thabrani).


Ulama' menafsirkan bahawa dalam hadis ini nabi bukan memaksudkan dengan zikir lailahaillallah, 
Tetapi dengan perbanyakkan percakapannya.

Percakapan yang membesarkan Allah.
Menafikan segala kekuasaan makhlukNya.

Dia yang menciptakan langit dan bumi.
Yang menciptakan bulan dan matahari.
Semuanya tanpa ada contoh untuk diteliti.


Bagaimana dalam sebuah taman,

Di atas tanah yang sama,
Sedang subur pohon yang berbeza,
Dengan bentuk yang berbeza,
Buah yang berbeza.
Bunga yang berbeza.

Semuanya bukti kekuasaanNya.


Aku pun selalu lupa.
Lupa yang aku ni hamba.
Hanya tahu bersuka ria.

Menulis perkara seperti ini bukanlah bermaksud aku orang baik.
Dengan menulis, mata pertama yang akan membaca adalah mata aku.

Ya. 
Semua ini memang untuk aku.


Tapi kadang-kadang aku terfikir,
Andaikata perkara yang paling banyak kita cakapkan semasa hidup akan kita ulangi sebelum mati,

Adakah ianya kalimah lailahaillallah?


Dalam hati dah penuh benda dunia.

Ya.
Itulah aku.
Tolong doakan aku.
Doakan kita semua.


Semoga kita sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.
Amin...



 
Header Background Designed by Freepik