Saturday, November 21, 2015

Manusia Hero .









"Jangan banyak bunyi kalau tak tahu apa-apa.
Percaya  dan mintalah pada Dia ."




**************************





Pilihan Universiti 2015:
1. UIA, Gambang
2. USIM, Nilai
3. UNIMAS, Sarawak
4. UMS, Sabah
5. UiTM, P.Pinang



Tersenyum puas. Inilah pilihan yang terbaik. Sengaja memilih 4 daripada 5 pilihannya terdiri daripada  universiti yang jauh dari rumah di Kajang. Hanya USIM satu-satunya universiti yang berdekatan. 

Darah muda.
Nafsu ingin mengembara.
Nak cabar diri jauh daripada keluarga.


Kalau difikirkan secara logik,
"Mana mungkin 1 boleh menang melawan 4."


Fikiran manusia.
Jahil.
Rasa diri berkuasa tentukan semua.



********************************************



Tahniah! Anda telah berjaya ditawarkan program seperti berikut:
Tamhidi Perubatan
USIM-Universiti Sains Islam Malaysia

Sila sahkan kehadiran anda sebelum 25 April 2015.




Terdiam.
Memberontak dalam hati,

Kenapa mesti dapat yang dekat?
Kawan-kawan ramai dapat UIA. Siap ada yang dapat kat Penang lagi.
Classmate dah ada yang pergi oversea.
Jiran lak ada yang dapat UNIMAS.
Girlfriend .


.....



Oh lupa.
Girlfriend belum ada.

Kecewa.
Tapi depan keluarga dan kawan,
Bibir tak lekang dari senyuman.

"Alhamdulillah aku dapat Usim. Tak sabar jugak sebenarnya nak pegi."


Hipokrit.
Otak fikir lain. Hati rasa lain. Mulut kata lain.


Persoalannya, nak ikut yang mana?

Otak atau hati .



Hati.
"USIM ni bagus ke? Tu la kau man patut takyah mintak langsung USIM ni. Suruh je la ayah fight untuk dapat UIA."

Otak.
"Terima je man. Mungkin ini yang terbaik. Lagipun, kau takde pilihan. 
Tak layak pegi luar negara kan? Takyah la susahkan parents. Kau dah cukup menyusahkan dah."



Otak ni memang berfungsi untuk seksa hati dengan sarcasm tahap melampau.
Hati pula tak boleh buat apa-apa untuk balas dendam.

Melainkan dengan mematahkan dirinya sendiri.
Dan membiarkan bukan saja otak, malah tuan badan juga akan merana.

*mula jaga hati elok-elok*





**********************************************



"Minggu ni jom futsal, weh !!"

"Malas lah. Nak balik."


"Tah pape je balik tiap minggu. Anak manja ke apa ni?"

"Aah anak manja. Tak nak la jadi macam kau anak derhaka."


*gulp*


Midsem teruk.
Study kat rumah lagi best.
Seronok tengok mak dengan ayah.

Orang yang belajar jauh-jauh menyangap nak balik.
Nak sentiasa dengan keluarga.
Aku yang dah dekat ni takkan terbalik pulak?

Duduk kolej pun bukan ada apa-apa.
Balik rumah boleh makan air tangan mak.

Sedap pun sedap.
Jimat pun jimat.
Bolehlah masukkan duit lebih dalam simpanan untuk buat hantaran.
Eh.


. . .


Kalau difikir semula,

Inilah manusia.
Tidak pernah cukup.

Dulu mahu merantau jauh dari keluarga.

Sekarang,
Setiap minggu tak boleh kalau tak jumpa.


Tapi sebenarnya,
Itulah  yang membuatkan seseorang manusia itu,


Seorang Manusia .



Manusia perlu diingatkan.

Mereka tiada kuasa.

Mereka itu tidak tahu apa-apa.

Apa yang mereka ada hanyalah Pencipta.

Yang Mengetahui segalanya.



Jangan asyik mempersoalkan takdir dan ketentuan.
Kerana kita tidak tahu,

Mungkin itulah yang akan menjadi saluran bagi segala kebaikan.



Life is like a book.
You're the main hero.

Hero doesn't always know his ending.
But it's always end with him winning.


Kemenangan pasti tiba.
Hero hanya perlu usaha sehingga berjaya :)




No comments:

Post a Comment

 
Header Background Designed by Freepik