"Acrophobia? Macam nama beruang je."
"Acrophobia tu ketakutan mental yang melampau ketika berada di altitud yang tinggi."
"Ha? Takut tinggi? Gayat ke?"
"Err ya. Gayat."
"...."
"Pemilihan tajuk tu penting ok. Don't judge."
********************************************
Bila asyik berada di atas, kita selalu lupa yang sangatlah tidak mustahil untuk kita boleh terhumban ke bawah semula.
Hidup ibarat roda.
Kadang kita di atas.
Kadang berada di bawah.
Bukan kuasa kita untuk menghentikan roda itu dari bergolek.
Untuk menjadikan kita sentiasa di atas.
Ya.
Bukan kuasa kita.
Pernah tak rasa takut bila ada di puncak?
Sebab kau tak nak tengok diri kau berada di bawah lagi macam dulu.
Sebab kau dah letih nak mendaki.
Dah tak larat nak rasa betapa payahnya kau dulu.
Best kan bila ada kat atas?
Sampai lalai tak reti nak bersyukur.
Heh.
Sebenarnya,
Bukan tak percaya dengan ketentuan tuhan.
Cuma takut diri yang daif ini tak dapat nak bertahan.
Tapi kadang-kadang kan.
Jatuh tu pun disebabkan oleh diri sendiri.
Over confident.
Bongkak.
Ujub.
Ingat diri dah cukup hebat.
Padahal apalah sangat dengan kejayaan yang sekecil batu itu.
Baru dapat pointer tinggi sikit.
Sikit je pun tingginya.
Dah mula malas.
Dulu kalau termenung selalu terpikir cerah ke tidak masa depan.
Sekarang asyik pikir perkahwinan.
Al-Quran pun dah liat nak ada kat tangan.
Mungkin fikir yang kejayaan itu hasil usaha sendiri kot.
Padahal dulu dia sendiri yang minta menggila-gila pada Dia.
Lupa?
Astaghfirullah .
************************************
Sebenarnya ini bukan spesis gayat.
Tapi ini spesis yang tak boleh berada di atas.
Yang sepatutnya memang tak layak nak dapat nikmat Allah.
*Bapak sakit seh main tikam-tikam mental sendiri ni*
Ya.
Aku pun antaranya.
Sebab tu takut.
Takut nikmat semua ditarik.
Bila sedar diri ini memang sangat tak sedar diuntung.
Pelik kan?
Takut nikmat ditarik.
Takut nak jatuh.
Sembang kencang takut itu takut ini.
Tapi still tak nak berubah.
Bodoh.
.
Sudahlah.
It's time to change.
Jangan biarkan kejayaanmu menjadi penghalang untuk masuk ke syurga.
Dan jangan biarkan kononnya 'takut riak' menjadi alasan untuk tidak mahu berjaya.
Bukankah semua kejayaan itu untuk bangkitkan semula Islam?
Jom berubah.
"Kau dah kalah dengan syaitan bila kau berbuat kejahatan. Jadi jangan kalah kali kedua dengan berputus asa dari mengejar pengampunan-Nya."
Malangnya aku tak sekuat itu untuk berubah sendiri.
Kawan.
Boleh pimpin aku semula ke jalan yang betul?
Pimpin aku.
Kita daki sama-sama.
Supaya kita boleh menari-nari kegembiraan bila sampai di puncak nanti.
"Eh lebih elok rasanya kalau kita sujud syukur kat atas tu."
". . ."
What can I say?
Aku memang sangat perlukan seorang kawan yang akan boleh aku bawa ke syurga.
Sebab tu aku bersyukur dengan siapa yang aku ada sekarang.
Kawan.
Teman.
Terima kasih atas sokongan.
Teruskanlah.
Ingatkan aku pada Dia.
Dekatkan aku pada Pencipta.
Dan yang paling penting,
Kawan.
Tolong pimpin teman kamu yang 'gayat' ini ya :)