Saturday, December 5, 2015

Senyum :)








"It only takes one smile to stop a thousand tears."


Smile though your heart is aching

Smile even though it's breaking.

When there are clouds in the sky

you'll get by.

If you smile through your fear and sorrow

Smile and maybe tomorrow

You'll see the sun come shining through

For you.

Light up your face with gladness,

Hide every trace of sadness.


Although a tear may be ever so near

That's the time you must keep on trying

Smile, what's the use of crying.

You'll see that life is still worthwhile-

If you just smile.


-Smile by Charlie Chaplin-


*****************************************


Senyum.


Itu bukan arahan.
Tapi hanya sebuah pelawaan.

Pelawaan yang insyaAllah akan menjadikan segalanya lebih baik dari sebelumnya.


Senyumlah bila kau jatuh.
Supaya kau bisa tertawa saat kau bangun mendabik dada..

Senyumlah bila kau disakiti.
Supaya kau dapat rasa semula betapa nikmatnya perasaan ceria.


Senyumlah bila kau terseksa.
Kerana kau sudahpun rasa apa yang ditakuti oleh manusia.

Senyumlah bila kau kecewa.
Supaya serba sedikit dapat menggantikan yang duka kepada suka.


Senyumlah bila kau keliru.
Supaya lirikan bibirmu akan menjadi lubuk kekuatan mencari jalan semula.



"When life gives you a reason to cry, show life that you have a thousand reason to smile."



Senyumlah bila kau serba kekurangan.
Supaya ia bisa menjadi sumber pahala mengejar syurga Dia.


Senyumlah bila kau rasa kehilangan.
Supaya yang hilang itu dapat merasa getaran senyumanmu yang manis bak gula.

Senyumlah bila kau ditinggalkan.
Kerana kau sudah tidak lagi akan membuang masa.

Senyumlah bila semuanya tak berjalan seperti yang kau sangkakan.
Kerana sekurang-kurangnya kau sudahpun tahu segala yang terbaik sedang dalam perjalanan, Daripada sang Pencipta.

Senyumlah bila kau dalam pergaduhan,
Supaya senyuman manis kau mampu menjadi tautan dua hati dan jiwa. 

Senyumlah bila kau kerinduan.
Supaya yang jauh merentas benua pun akan terasa seperti sehasta.



"Smile is the shortest distance between two people."




Kau mungkin kata,


"Macam mana dengan senyum boleh selesaikan segalanya?"


Memang.
Masalah tidak akan selesai dengan hanya tersenyum.
Hidup tak semudah itu.

Tapi dengan izin-Nya,
Sebuah senyuman mampu serba sedikit mengubati.

Semoga dengan suntikan sebuah senyuman,
Kau mampu mulakan langkah baru dengan lebih sempurna.


La Tahzan. Innallaha ma'ana.


Semua itu daripada Dia yang sayangkan hambaNya.
Jangan fikir manusia saja mampu membuat kejutan.

"Life is always full of suprises."

Itulah hadiah Pencipta buat mereka yang Dia cinta.

Dia yang memberimu ujian.
Dia jugalah yang akan bersamamu sehingga ke garisan kesudahan.

Senyumlah. 
Fikirkan segala kebaikan yang sedang berlari-lari sedang dalam perjalanan.

Maaflah. 
Maaf jika segala yang aku post ini sia-sia.

Aku manusia biasa yang hanya punya dosa berganda.
Sering lalai dan lupa.

Kadang macam kakak tua.
Hanya tahu berkata-kata. Buatnya tiada.

Menyelesaikan masalah kau memanglah aku tak mampu.
Mendapatkan kepercayaan apatah lagi. Malah jauhnya beribu batu.

Hanya sedikit nasihat sebagai cenderahati.

Senyumlah.
Kau dan aku.
Kita memang akan lebih cantik begitu.


Tetapi.
Cuma satu aku pinta.


Janganlah senyum bila kita bertemu..
Supaya kau tidak akan melihat bagaimana aku boleh terkaku dengan lirikanmu.

#BroCuba #PickuplineDewa


Satu je soalan.
"Tak jealouskah tengok baby yang sentiasa penuh ceria tersenyum tertawa?"
Masalah pun penat nak berdamping dengan mereka.

Jadi, meh kita senyum sama-sama..
Lebarkan senyuman, sebarkan keceriaan .

Semoga Allah memberikan kita kesenangan dan kekuatan dalam memahami malah mendalami sebuah kehidupan. Amin.



No comments:

Post a Comment

 
Header Background Designed by Freepik