"Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa."
Hati.
Apa khabar hati?
Apa kau masih hidup atau sudah lama mati?
Andai sudah terisi,
Diisi dengan buah hati atau cinta ilahi?
Masih celik atau sudah lama buta?
Mungkin kau pun terkena penangan cinta.
Cinta manusia yang kononnya melebihi cinta pencipta.
***************
Tuan Badan.
Aku di antara hidup dan mati.
Hidup.
Mati.
Hidup.
Mati.
Semuanya bergantung pada perilaku mu juga.
Kadang mencari syurga,
Kadang mengejar dunia.
Kau salahkan aku terisi dengan buah hati.
Sedangkan kau sedikit pun tiada usaha mencari cinta ilahi.
Kau salahkan aku terkena penangan cinta.
Sedangkan kau yang sering mencari-cari kasih sayang manusia.
Bukan kau tak tahu mana yang sementara dan mana yang selamanya,
Tapi apakan daya,
Kau dah buta.
Ya.
Yang buta itu kau.
Bukan aku.
********************
Manusia.
Salah sendiri.
Tapi nak mengaku itu terlampau jauh sekali.
Tak habis-habis lagi dengan soal cinta.
Kemudian salahkan hati konon tak cukup kebal kerana boleh menerima.
Beginilah.
Apa lah guna kita tergila-gila kita mendapat cinta manusia,
Jika kita tahu yang memegang hati itu adalah penciptanya.
Berdoalah.
Berdoalah supaya kamu berdua dapat bertemu,
Di tempat yang terbaik.
Pada waktu yang terbaik.
Dan dalam perjalanan menghadapi waktu bagi bersatu,
Mintalah supaya masing-masing dapat mempersiapkan diri ke arah yang terbaik.
Tetapi,
Buat masa ini,
Rahsiakanlah.
Simpan dalam hati.
Minta pada ilahi.
Lagipun,
Apa gunanya kita mulakan langkah sekarang,
Sedangkan diri masih terlampau jauh daripada 'bersedia'.
Ya.
Memang betul usaha itu perlu.
Tapi biarlah kena pada waktu.
Jadi sekarang,
Persiapkan diri.
Persiapkan hati.
Pastikan apabila tiba waktunya,
Kamu sudah dalam keadaan sesedia-sedianya.
Kita percaya pada jodoh.
Kan? :)
"Jodoh itu hadiah kita dari tuhan. Hadiah mesti dirahsiakan."
Yup.
Jodoh itu rahsia tuhan.
No comments:
Post a Comment