"Luckily I don't even care."
Aku tak kisah.
Tak pernah kisah.
Buat apa nak kisah?
Menyusahkan.
Buat semak kepala.
Buang masa.
Banyak lagi benda aku boleh fikir.
Benda yang lagi best.
Lagi bermanfaat.
Lagi berguna.
Lagipun,
Apa yang aku dapat kalau aku kisah?
Tak ada apa.
So jangan tanya kenapa aku tak pernah kisah.
Itu kata minda.
Cuba manipulasi sehebat mungkin.
Wah memang hebat.
Terlampau ketara ke-tidakkisah-annya.
Kata hati?
Ah jangan sesekali tanya.
Nanti jawapannya panjang berjela.
Mungkin kerana nak lepaskan semuanya.
Tak payah.
Kan kata tak kisah.
Expectation kills.
Bila kisah, kita ambil tahu.
Bila ambil tahu, kita letak dalam hati.
Bila letak dalam hati, kita berharap.
Bila berharap, kita kecewa.
Mungkin boleh dapat.
Tapi,
Andai kata tidak?
Sanggup nak kecewa?
AKU TAK KISAH.
Bila cerita bermula dengan 'tak kisah',
Adakah kau akan sakit jika penghujungnya tak indah?
Tidak.
Nampak tak yang sifat ni bagus?
Mungkin kau akan rasa seksa pada mulanya.
Tapi jika itu pun kau sudah nak rasa putus asa,
Kau rasa kau mampu ke hadapi andai penghujungnya tak seperti yang kau sangka?
The more you care, the more you'll hurt.
Kenapa perlu sakitkan diri kan?
Buat apa nak buat benda yang sia-sia kan?
Kenapa mesti buat benda yang kau tahu akan menyakitkan kan?
Well.
Cakap memang senang.
Macam yang aku kata.
Itu bila kepala berbicara.
Rasionalnya bukan main macam semuanya mudah belaka.
Kata hati? :)