Tuesday, August 9, 2016

Sebuah Perancangan .








Dengan izinNya ,


Kita merancang.
Kita semua merancang.
Kita semua harus merancang.


Merancang ke arah yang baik.
Merancang supaya kita lebih baik.
Merancang supaya kita dapat yang terbaik.

Seorang usahawan,
Sentiasa merancang perniagaannya.

Sedangkan pada zaman nabi pun,
Para sahabat merancang sebelum berperang.


Tapi ada bezanya kita dengan mereka.
Mereka merancang dengan yakin dan iman.
Yakin yang mereka hanya merancang.
Yang menentukan itu Dia.

Kita merancang dengan yakinnya pada diri sendiri.
Yakin bahawa jika kita merancang pasti menjadi.
Tanpa sedikit pun 'credit'nya pada Allah.

Sedangkan Dia lah yang mengizinkan segalanya berlaku.


Mungkin itu bukan kita.
Tapi cuma aku.

Aku pun manusia biasa.

Pelupa.


Entah.
Entah kenapa sekarang makin takut untuk merancang.
Takut nanti sakit jika tak menjadi.

Dulu bukan main.


"Be positive".


"Shoot for the moon. 
Even if you miss you'll land among the stars."



Sekarang?
Hilang.

Kononnya sebab tahu,

"Oh Allah dah merancang. Kita ikut je la."


Sedangkan Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum,
Melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri.

Ubah dengan apa?


Usaha.


Allah kan pandang pada usaha.
Yakinlah bahawa merancang itu salah satu usaha.

Usaha yang masih lagi memerlukan Allah.
Usaha yang akan mendekatkan kita pada Allah.

Usaha gila-gila.
Tawakkalnya dua kali ganda.


"Expect for the best, Prepare for the worst."



Sangka baik dengan Allah.
Allah sentiasa bagi apa yang terbaik.

Bersyukurlah jika sesuatu berlaku lain daripada apa yang kita rancang.
Kerana tika itu kita tahu, kita di landasan yang Allah sediakan.


Rancang lah masa depan.
Dan minta Allah perkenankan jika itu yang terbaik.

Dengan merancang,
Kita tahu sekeras mana untuk usaha.

Dengan merancang,
Kita tahu selama mana untuk menunggu.

Kejarlah cita-cita.
Cita-cita juga satu perancangan.

Orang yang bercita-cita menjadi angkasawan,
Takkan malas menuntut ilmu.

Orang yang bercita-cita menjadi kerani pula,
Akan belajar biasa-biasa.



Persiapkanlah diri untuk cita-cita.
Sentiasa buat yang terbaik dalam setiap perkara.
Allah akan bagi yang terbaik.
InsyaAllah .


Persiapkanlah diri untuk hidup berdua.
Fuh yang ini mungkin berat sikit.
Mungkin soal ni kena tunggu entri akan datang.

Satu teaser,
Jika kau percaya dia orangnya,
Jangan pernah berhenti meminta.

Bukan minta hati pada tuannya.
Tetapi mintalah petunjuk daripadaNya.
Sama ada memang dia orangnya ataupun tidak.

Mungkin akan bersambung.

Ingat.
Perjalanan kita masih jauh.
Eh bukan kita.


Perjalanan AKU masih jauh.


Good day.



No comments:

Post a Comment

 
Header Background Designed by Freepik