Friday, November 11, 2016

Learn To Forget .


Sometimes forgetting is the best way.


If the memories hurt,
Learn to forget.

If you know it's going nowhere,
Learn to forget.

If you want to protect the ones you love,
Learn to forget.

If you know you're gonna just keep hurting them,
Learn to forget.

And...

If you really want to see happiness in the ones you love,

Learn to forget.

Remembering will only make things worse.

Well maybe it sounds easy.

Maybe it is.
And maybe not.

But I never said that it's not gonna hurt.
It definitely will.

But maybe it will make things less complicated.

Learn to run away.
Learn to move on.
Learn to ignore.
Learn not to care about things you're not supposed to.

And not less important,
Learn to hate the things you love.
In order to make them happy in the end.


Nothing's better than seeing everyone around you happy.
Even if their happiness doesn't include you.

Maybe this wouldn't be compatible for every situation.

I don't know.
Sometimes we just can know,
 When we're not where we supposed to be.
When the current situation is really not for us.
When the expectation is only going to kill us.

Some will say 'Fight For It!!'
I'm used to be one of them.
Used to be.

But then I realised,

"Is it worth all the scars?"

And that's when all these forgetting thingy came.

When you know you're only gonna get on their way,
Then get out of it !

Like I said,

Learn to forget.

Learn to forget when you know that it's the best for everyone.
Maybe except you.

That's the sweetness of it.
At least you're a hero of your own story.

Just try not to care.

Try not to feel needy.
Try to ignore the feelings.
Try not to expect anything.

You'll forget.
Slowly.

It's gonna hurt.
But not more than what you're gonna get if you'll keep remembering.

Maybe it's not gonna work for everyone.
But it'll work with me.

Everyone seems happier.
Alhamdulillah.


There's nothing better than seeing that :)

Choose your way wisely.
*And I know I'm still not wise enough*

Assalamualaikum .

Thursday, November 3, 2016

K I T A .





"Kawan tu macam mana ek sebenarnya?"


Yang selalu tanya khabar?
Yang selalu sedapkan hati?
Yang selalu bagi kata-kata semangat?

Itu kawan?


Well if that's the case,

Aku bukan kawan yang baik.

Ya.
Memang bukan.

Aku tahu.
Tak pernah pun rasa macam tu.


Aku bukan kawan yang akan puji kau 24 jam.
Aku bukan kawan yang akan letak ubat kat luka kau kalau kau jatuh.
Aku bukan kawan yang akan bagi kau nasihat-nasihat islamik sentiasa.

Kalau itu yang kau cari daripada aku,
Maaf.

Aku kalah dulu.

Jangan expect sebagus itu daripada aku.

Jauh sangat melencong.

Actually I'm a bit opposite than that.


In fact,
Aku lah kawan yang akan kutuk kau tanpa henti, 
Dengan kutukan-kutukan yang ternyata paling power lagi menyakitkan hati.

Aku lah kawan yang akan sentiasa sengaja menyusahkan kau hari-hari.

Dan bila kau jatuh tergolek,
Aku lah kawan gelakkan kau,
Yang akan tangkap gambar kau,
Dan post dalam instagram dengan caption yang memalukan.


Tahu.
Kawan tak guna.
Pelik.

Tapi jangan risau aku masih normal,
Tiada masalah mental.
Kot.

Mungkin sebabtu aku tak ramai kawan.

Dan mungkin sebabtu,
Aku sangat bersyukur dengan siapa yang aku ada sekarang.
*tapi tetap kekal jahat*


Entahlah .


I dont know.
I keep pushing everyone away.

Expecting them to leave.
But wanting them to stay.

Ya.
I really have a weird way of making friends.
And my friends know that.

They know that they're all I got.
And I'm amazed how they are able to keep staying.

Aku pun tak mampu tahan dengan diri aku.

Kalau aku,
Dah lama aku blah.
Mungkin itu beza aku dengan mereka.

They actually deserve better friends than me.

Tapi nak  buat macam mana.
Takdir diorang kena hidup dengan aku.
*gelak jahat*


Aku memang.
Nampak kasar. Sangat.
Nak minta tolong pun susah.

Tapi,
Kena faham.

Dalam bising-bising mulut ni pun,
Tolong tetap tolong.

Bising tu saja cari pasal.
Nak ambil kesempatan.

Last but not least,

Thousand thanks to those who stay.
Million thanks to those who left.


Nak cakap panjang-panjang pun tak boleh.
Nanti hilang watak kawan tak guna aku tu.





Saturday, September 17, 2016

Future Awaits .






"Forget what hurt you, 
but never forget what it taught you."



Adakah kita belajar dari kesungguhan,
Atau adakah kita belajar dari kesilapan .

Entah.
Masih tertanya-tanya.


Hakikatnya,
Kita memang sangat perlu banyak belajar.

Hidup ini umpama sebuah buku cerita.

Ada penceritaannya.
Ada permulaannya.

Diselit-selitkan konfliknya.

Berselang-selang klimaksnya.

Dan jangan lupa,
Ada juga pengakhirannya.


This is life.


Ada sedih ada suka.
Ada lara ada gembira.
Ada nangis ada tawa.

Ada yang pergi ada yang setia bersama.


Tak semua benda yang kita nak, kita boleh dapat.


Apalah hidup kalau nak bahagia sentiasa?

Apalah hidup kalau asyik tersengih tersenyum sentiasa?



Kadang sakit itu perlu, biar kita hargai kesenangan.

Kadang menangis itu perlu, agar kita boleh rasa manisnya tawa.



Lukisan juga ada hitam putihnya.
Kain juga ada warna-warninya.

Kehidupan juga ada naik turunnya.


Mungkin sekarang kau sakit.
Tapi percayalah,


You'll get through it.


Trust me.

Apalah sangat sakit yang kau lalui sekarang ni,
Kalau nak dibandingkan dengan kekuatan kau.


Cerita kan baru nak mula.

Sabar.

The future awaits you.

Everything will be just fine.

Yang terbaik sedang menunggumu.
Yang bahagia sedang menantimu.

Your rainbow is about to appear :)

Paling penting,

Jangan lupa.
Doa dan minta pada Dia .


Thursday, August 11, 2016

Aku Tak Kisah.








"Luckily I don't even care."



Aku tak kisah.
Tak pernah kisah.

Buat apa nak kisah?
Menyusahkan.
Buat semak kepala.
Buang masa.

Banyak lagi benda aku boleh fikir.
Benda yang lagi best.
Lagi bermanfaat.
Lagi berguna.

Lagipun,

Apa yang aku dapat kalau aku kisah?

Tak ada apa.

So jangan tanya kenapa aku tak pernah kisah.




Itu kata minda.

Cuba manipulasi sehebat mungkin.

Wah memang hebat.
Terlampau ketara ke-tidakkisah-annya.

Kata hati?
Ah jangan sesekali tanya.

Nanti jawapannya panjang berjela.
Mungkin kerana nak lepaskan semuanya.

Tak payah.
Kan kata tak kisah.



Expectation kills.



Bila kisah, kita ambil tahu.
Bila ambil tahu, kita letak dalam hati.
Bila letak dalam hati, kita berharap.
Bila berharap, kita kecewa.

Mungkin boleh dapat.


Tapi, 
Andai kata tidak?

Sanggup nak kecewa?




AKU TAK KISAH.


Bila cerita bermula dengan 'tak kisah',
Adakah kau akan sakit jika penghujungnya tak indah?


Tidak.



Nampak tak yang sifat ni bagus?

Mungkin kau akan rasa seksa pada mulanya.

Tapi jika itu pun kau sudah nak rasa putus asa,
Kau rasa kau mampu ke hadapi andai penghujungnya tak seperti yang kau sangka?


The more you care, the more you'll hurt.



Kenapa perlu sakitkan diri kan?
Buat apa nak buat benda yang sia-sia kan?
Kenapa mesti buat benda yang kau tahu akan menyakitkan kan?


Well.

Cakap  memang senang.


Macam yang aku kata.
Itu bila kepala berbicara.

Rasionalnya bukan main macam semuanya mudah belaka.



Kata hati? :)






Tuesday, August 9, 2016

Sebuah Perancangan .








Dengan izinNya ,


Kita merancang.
Kita semua merancang.
Kita semua harus merancang.


Merancang ke arah yang baik.
Merancang supaya kita lebih baik.
Merancang supaya kita dapat yang terbaik.

Seorang usahawan,
Sentiasa merancang perniagaannya.

Sedangkan pada zaman nabi pun,
Para sahabat merancang sebelum berperang.


Tapi ada bezanya kita dengan mereka.
Mereka merancang dengan yakin dan iman.
Yakin yang mereka hanya merancang.
Yang menentukan itu Dia.

Kita merancang dengan yakinnya pada diri sendiri.
Yakin bahawa jika kita merancang pasti menjadi.
Tanpa sedikit pun 'credit'nya pada Allah.

Sedangkan Dia lah yang mengizinkan segalanya berlaku.


Mungkin itu bukan kita.
Tapi cuma aku.

Aku pun manusia biasa.

Pelupa.


Entah.
Entah kenapa sekarang makin takut untuk merancang.
Takut nanti sakit jika tak menjadi.

Dulu bukan main.


"Be positive".


"Shoot for the moon. 
Even if you miss you'll land among the stars."



Sekarang?
Hilang.

Kononnya sebab tahu,

"Oh Allah dah merancang. Kita ikut je la."


Sedangkan Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum,
Melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri.

Ubah dengan apa?


Usaha.


Allah kan pandang pada usaha.
Yakinlah bahawa merancang itu salah satu usaha.

Usaha yang masih lagi memerlukan Allah.
Usaha yang akan mendekatkan kita pada Allah.

Usaha gila-gila.
Tawakkalnya dua kali ganda.


"Expect for the best, Prepare for the worst."



Sangka baik dengan Allah.
Allah sentiasa bagi apa yang terbaik.

Bersyukurlah jika sesuatu berlaku lain daripada apa yang kita rancang.
Kerana tika itu kita tahu, kita di landasan yang Allah sediakan.


Rancang lah masa depan.
Dan minta Allah perkenankan jika itu yang terbaik.

Dengan merancang,
Kita tahu sekeras mana untuk usaha.

Dengan merancang,
Kita tahu selama mana untuk menunggu.

Kejarlah cita-cita.
Cita-cita juga satu perancangan.

Orang yang bercita-cita menjadi angkasawan,
Takkan malas menuntut ilmu.

Orang yang bercita-cita menjadi kerani pula,
Akan belajar biasa-biasa.



Persiapkanlah diri untuk cita-cita.
Sentiasa buat yang terbaik dalam setiap perkara.
Allah akan bagi yang terbaik.
InsyaAllah .


Persiapkanlah diri untuk hidup berdua.
Fuh yang ini mungkin berat sikit.
Mungkin soal ni kena tunggu entri akan datang.

Satu teaser,
Jika kau percaya dia orangnya,
Jangan pernah berhenti meminta.

Bukan minta hati pada tuannya.
Tetapi mintalah petunjuk daripadaNya.
Sama ada memang dia orangnya ataupun tidak.

Mungkin akan bersambung.

Ingat.
Perjalanan kita masih jauh.
Eh bukan kita.


Perjalanan AKU masih jauh.


Good day.



Thursday, July 28, 2016

Satu Kalimah .



"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka." 
(QS. al-Anfal: 2)



La ilaha illallah .


Kalimah yang satu.
Huraiannya beribu.

Allah Maha Kuasa.
Dia Yang Satu.


Tiada tuhan melainkanNya.
Selain dari Allah adalah makhluk semuanya.


Makhluk langsung tiada kuasa.



Allah boleh lakukan sesuatu dengan asbab.

Allah boleh lakukan sesuatu tanpa asbab.


Dan Allah boleh lakukan sesuatu berlawanan dengan asbab.



Dengan makan, Allah boleh bagi kita kenyang.

Tanpa makan pun Allah boleh bagi kenyang.

Tapi dengan makan juga,
  Allah boleh jadikan kita makin lapar dan bukannya makin kenyang.

Ya.
Memang sunnatullah.
Dengan makan itu boleh kenyangkan.

Tapi kali ini kita berkata-kata untuk teguhkan iman.
Pointnya sekarang adalah keyakinan.
Yang berkuasa itu Allah atau makanan?


Takut kita terlalu percaya pada makhluk.
Sehingga fikir bahawa tanpa izinNya pun kita boleh kenyang dengan makanan.


Jangan berharap pada makanan.
Anggaplah makan itu sebagai usaha dan ikhtiar.
Dan yakinlah bahawa yang mengenyangkan kita bukanlah makanan.
Tapi Allah swt.



Jangan berharap pada manusia.


Kerana segala yang ada pada kita itu semua daripada Dia.

Manusia juga makhluk.
Dan tadi kita kan dah yakin,

Makhluk langsung tiada kuasa :)


Allah Maha Hebat.



Setiap apa yang berlaku adalah dalam kawalanNya.
Setiap daunan yang berguguran di tengah belantara,
Adalah dalam kawalanNya.

Setiap butir pasir yang bergerak berombak-ombak di bawah laut,
Adalah dalam kawalanNya.

Setiap perbuatan dan kejadian yang berlaku pada manusia,
Juga di bawah kawalan dan penguasaanNya.

Minta pada Dia.

Berdoalah seperti seorang hamba.
Jangan lagak seperti kita pula yang seorang raja.

Kerana yang sebenar raja hanyalah DIA.



Allah Maha Mengetahui.



Setiap tingkah laku sang hamba,
Setiap zarah yang bergerak ke sini sana,
Setiap molekul air yang sentiasa bergelora,
Setiap gerakan hati manusia,

Semua itu dalam pengetahuanNya.

Dia tahu apa yang akan kita lakukan.
Dia tahu alasan apa yang akan kita berikan.

Dan Dia tahu taubat yang bagaimana yang akan kita sujudkan.

Dengan pengetahuan yang tiada batasan,

Adakah kau masih fikir yang Dia terlupa untuk mengatur hidupmu?


Allah Maha Penyayang.


Sejauh mana sayang ibu pada anaknya,
Sejauh mana sayang nabi pada umatnya,
Terlalu kecil jika dibanding sayang Allah pada hambaNya.

Dia yang paling penyayang.
Dia juga yang meletakkan sifat sayang dalam hati setiap manusia.


Dia yang memegang segala hati.



Dia yang berkuasa meletakkan sayang dan benci
Tak perlu minta hati daripada manusia.

Kerana sesungguhnya segala gerak hati adalah daripada Dia.

Minta pada Allah.

Paling utama,
Mintalah cinta dan sayangNya.

Dapatkan cintaNya.
Dan kau akan dapat cinta manusia.


Ya Allah.
"Berikan kami cintaMu meskipun kami langsung tidak layak untuk menerima."

"Jadikanlah keluarga kami keluarga yang saling menyayangi dan mencintai."

"Jika dia yang terbaik untukku, Jaga dan persiapkanlah hati kami."

"Jagakan hati kami."


Allah Maha Memaksa.


Dia yang memaksa hambaNya ke arah yang dikehendaki.
Dia yang memperbaiki kelemahan hamba-hamba-Nya,

Dia yang merawat kalbu yang jatuh di hadapan-Nya, 
Dia yang memberi kecukupan kepada yang fakir di bawahNya.
Dia jugalah yang memuliakan yang hina

Yang menjadikan kita berasa mudah tika susah.
Yang menjadikan kita tenang ketika resah.

Allah boleh memaksa kita berhadapan sesuatu,
Dengan menghadiahkan kekuatan.

Allah boleh memaksa kita merenangi sesuatu,
 Dengan memberi pelampung kehidupan.

Allah boleh memaksa kita menerima kehilangan,
 Dengan meletakkan hati sebuah kesabaran.


Ya Allah.
"Paksalah kami untuk bertaqwa kepadaMu."

"Teguhkanlah kami dalam menghadapi ujianMu."

"Kuatkanlah kami dalam merenangi kehidupan."

"Tabahkanlah kami dalam menerima segala kehilangan."



Tiada tuhan melainkanNya.


Rasulullah SAW bersabda: 
“Perbaharui iman kamu”. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kami memperbaharui iman kami?”. Beliau menjawab, “Perbanyakkanlah mengucap Laa ilaaha illallaah.”
(HR Imam Ahmad dan At Thabrani).


Ulama' menafsirkan bahawa dalam hadis ini nabi bukan memaksudkan dengan zikir lailahaillallah, 
Tetapi dengan perbanyakkan percakapannya.

Percakapan yang membesarkan Allah.
Menafikan segala kekuasaan makhlukNya.

Dia yang menciptakan langit dan bumi.
Yang menciptakan bulan dan matahari.
Semuanya tanpa ada contoh untuk diteliti.


Bagaimana dalam sebuah taman,

Di atas tanah yang sama,
Sedang subur pohon yang berbeza,
Dengan bentuk yang berbeza,
Buah yang berbeza.
Bunga yang berbeza.

Semuanya bukti kekuasaanNya.


Aku pun selalu lupa.
Lupa yang aku ni hamba.
Hanya tahu bersuka ria.

Menulis perkara seperti ini bukanlah bermaksud aku orang baik.
Dengan menulis, mata pertama yang akan membaca adalah mata aku.

Ya. 
Semua ini memang untuk aku.


Tapi kadang-kadang aku terfikir,
Andaikata perkara yang paling banyak kita cakapkan semasa hidup akan kita ulangi sebelum mati,

Adakah ianya kalimah lailahaillallah?


Dalam hati dah penuh benda dunia.

Ya.
Itulah aku.
Tolong doakan aku.
Doakan kita semua.


Semoga kita sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.
Amin...



Sunday, May 8, 2016

Kembara Kota.







"The world is a book. You have to travel to read the next chapter."


Kota rayaku.
Kisah seribu satu.
Abadi di jalananmu.

Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba, dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka
Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumahku sila sila

Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya
Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah,
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah
Di Kuala Lumpur

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Ohh, kotarayaku,
Kisah seribu satu,
Abadi di jalananmu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Dipijak kepala lepas di beri muka
Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura kura



Bukanlah ayat aku.
Tapi bait sebuah lagu.

Kota Rayaku.

Lirik penuh makna tersirat.
Semuanya telahpun aku saksikan sendiri.
Semuanya.


Sengaja aku ambil keputusan mengembara di kota.
Nak lihat gelagat manusia.

Itu yang aku minta.
Itu juga lah yang aku dapat.

Semua dapat aku lihat.

Seribu satu perangai.
Seibu satu kerenah.
Seribu satu mentaliti.

Di satu laluan kaki lima yang sama,
Wujudnya 2 golongan manusia yang berbeza.

Yang cacat anggota berusaha bermain muzik mencari rezeki,
Yang sempurna pula hanya duduk menadah 'mangkuk duit' di kaki.

Yang serba kekurangan masing-masing punya semangat semarak api.
Yang cukup semua pula hanya tahu putus asa.

Inilah keunikan dunia.

Kadang kita yang sempurna ini terpaksa belajar cara menempuh hidup daripada mereka yang 'istimewa'.

Mungkin mereka cacat di luar,
Tetapi sempurna di dalam.


Di kota raya inilah tempatnya,
Jika kau mahu lihat bermacam keanehan pasangan.

Arab bersama cina.
Orang putih bersama orang hitam.


Ada hubungan mereka yang sangat mesra.
Malah ada juga yang menarik rambut bercakar muka.


Kuala Lumpur.
Kota yang sangat 'hidup' di malam hari.

Sedang berjalan kaki,
Tiba-tiba datang lelaki cina tua.


"You mau amoi ka?"

Yup.
Itulah Kuala Lumpur.
Kota yang dianggap penghidup mimpi manusia.

Kembara kota.

Sebuah kembara yang takkan mungkin akan ku lupa.
Hanya dengan memerhati,
Pengajarannya boleh menusuk jiwa dan hati.

"The more you travel, the more you'll see."

Mengembaralah.
Kau akan lihat dunia.
Dunia yang selama ini kau pun tak pernah terbayang sebegitu rupa.
Dunia yang akan buat kau buka mata.
Kerana segala pengajarannya tak akan sampai jika kau hanya membaca.

Ya.Mengembara lah. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Kan? :)


Sunday, April 24, 2016

Tanya Sama Hati .






"Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa."




Hati.

Apa khabar hati?
Apa kau masih hidup atau sudah lama mati?

Andai sudah terisi,
Diisi dengan buah hati atau cinta ilahi?

Masih celik atau sudah lama buta?

Mungkin kau pun terkena penangan cinta.
Cinta manusia yang kononnya melebihi cinta pencipta.




***************




Tuan Badan.

Aku di antara hidup dan mati.

Hidup.

Mati.

Hidup.

Mati.

Semuanya bergantung pada perilaku mu juga.

Kadang mencari syurga,
Kadang mengejar dunia.

Kau salahkan aku terisi dengan buah hati.
Sedangkan kau sedikit pun tiada usaha mencari cinta ilahi.

Kau salahkan aku terkena penangan cinta.
Sedangkan kau yang sering mencari-cari kasih sayang manusia.

Bukan kau tak tahu mana yang sementara dan mana yang selamanya,

Tapi apakan daya,


Kau dah buta.


Ya.

Yang buta itu kau.
Bukan aku.




********************



Manusia.

Salah sendiri.
Tapi nak mengaku itu terlampau jauh sekali.

Tak habis-habis lagi dengan soal cinta.
Kemudian salahkan hati konon tak cukup kebal kerana boleh menerima.


Beginilah.

Apa lah guna kita tergila-gila kita mendapat cinta manusia,
Jika kita tahu yang memegang hati itu adalah penciptanya.


Berdoalah.
Berdoalah supaya kamu berdua dapat bertemu,

Di tempat yang terbaik.
Pada waktu yang terbaik.

Dan dalam perjalanan menghadapi waktu bagi bersatu,
Mintalah supaya masing-masing dapat mempersiapkan diri ke arah yang terbaik.



Tetapi,


Buat masa ini,

Rahsiakanlah.

Simpan dalam hati.
Minta pada ilahi.

Lagipun,
Apa gunanya kita mulakan langkah sekarang,
Sedangkan diri masih terlampau jauh daripada 'bersedia'.


Ya.
Memang betul usaha itu perlu.
Tapi biarlah kena pada waktu.


Jadi sekarang,

Persiapkan diri.

Persiapkan hati.

Pastikan apabila tiba waktunya,
Kamu sudah dalam keadaan sesedia-sedianya.


Kita percaya pada jodoh.

Kan? :)



"Jodoh itu hadiah kita dari tuhan. Hadiah mesti dirahsiakan."

Yup.

Jodoh itu rahsia tuhan.




Sunday, April 17, 2016

Mekasih .






"Best friends are when you can be yourself and be crazy together."



**************************



Sahabat.

Bukanlah mereka yang suka menghakimi,
Tetapi mereka yang sentiasa jadikan kita dengan tuhan makin rapat.

Sahabat.

Sukar nak dicari
Payah juga nak mendapat.

Sahabat.

Ada yang dengan kita dia garang.
Tapi dengan yang lain sangat pemalu.

Sahabat.

Mereka yang mengubah kita menjadi kita yang sekarang.
Tanpa menghina kita yang dulu.

Sahabat.

Seperti isi dengan kuku.
Sama macam kau dan aku.



Inilah dia.
Entri yang dihasilkan khas hanya untuk menghargai mereka.


Sebenarnya,
Bukan masa yang menentukan sama ada seseorang itu sahabat kita ataupun tidak.

Tapi.
Semuanya tentang bagaimana mereka belajar menerima.

Segala kecacatan.
Keburukan.
Kejelikan.

Dan tak lupa juga,

 Kegilaan kita.


"Friendship is not about whom you've known the longest. Its about who came and never left."



Kawan yang paling best adalah bila masing-masing dapat first impression 
yang sangat lain daripada yang sepatutnya.


"Aku ingat dulu kau sombong gila doh"

"Dulu kaulah orang yang paling aku tak rapat."

"Kau dulu masa sem 1 sangat misteri."

"First time aku jumpa kau aku punya lah ingat kau ni poyo."

"Aku serious tak expect yang kita ni boleh sekepala sama-sama masuk air."


Kan?

Biasa lah.

Sometimes a bad start will lead you to the best ending.

Sama macam kehidupan.

"There's always a rainbow after the storm."
Ingat lagi?


Kepada semua yang bergelar sahabat,


Terima kasih.


Terima kasih atas memori.
Terima kasih atas kenangan.

Kau sentiasa beri aku kekuatan untuk terus berlari.

Dan bila aku jatuh, kau tak putus-putus hulurkan tangan.


Terima kasih.
Terima kasih kerana sudi menerima.
Segala cacat cela aku kau sanggup tutup sebelah mata.

Terima kasih kerana sudi berkongsi tawa.
Duka mungkin tak pernah ditonjolkan atas faktor ego yang sangat tinggi.
*sifat poyo masih tersisa dalam diri*


Ok.
Jujurnya aku tak suka buat ayat over.
Acah-acah sweet-talker walau memang muka sangat manis bak gula.
*Mohon semua buang rasa menyampah yang baru timbul tu sekarang*

Sudahlah.


Segala salah silap mohon diampun.
Mungkin perkataan 'maaf' tak mampu menampung beratnya dosa.

Perlian.
Sentapan.
Saling membahan.

Dan segala hasil keluaran mulut yang tiada insuran ini.
Maaf jika kau sentiasa terasa hati 24 jam sehari.

Tapi bagi yang sudah lama mengenali,
Mereka akan tahu kenapa aku buat semua tu.

Suatu hari kau akan tahu sebabnya.


Jom kawan.


Jom.

Kita teruskan perjuangan.
Jadikan segala kenangan sebagai kekuatan.
Dan pastikan kita tak saling melupakan.

Jom.
 Kita lari sama-sama.
Panjat gunung kejayaan.

Kalau aku jatuh, aku tahu kau akan tolong.

Dan kalau kau jatuh, kau pun tahu yang aku akan tolong.
*Walaupun sebelum tu aku akan gelakkan dulu*

Dan kawan,
Jom kita sama-sama teruskan mencipta kenangan.

Biar kita sentiasa penuh dengan gelak tawa bila throwback di masa depan.

Aku selalu bangga dengan diri sendiri.
Aku selalu rasa bertuah.

Sebab kawan-kawan aku sangat luar biasa.

Luar biasa hebatnya.
Luar biasa pandainya.

Dan ya.

Luar biasa gilanya.



************



Izinkan saya mengakhiri entri ini dengan 1 pickupline.


Kawan.

Tahu tak beza kau dengan oksigen?

Oksigen ada dalam setiap hembusan nafas manusia.
Tapi kau ada dalam setiap bingkisan doa aku.



Err ok rasanya tak layak untuk disambung dengan 'chia-chia'.

Ah sudah jangan nak judge #pickuplinemember aku.
Meh lawan kat komen entri ni kalau berani.


Ok kawan.
May Allah ease you forever.

Sekian .




Sunday, March 20, 2016

Kerana Masa .







Hanya waktu yang menentukan kita.
Hanya waktu yang bisa bicara.
Tuhan saja yang tahu bagaimana penguhujungnya.

Semuanya soal masa.
Masa saja yang bisa merungkai kata-kata.

Bibir kelu.
Lisan seolah bermangga.
Mulut terkaku.
Tak mampu mengawal segala deria.

Untuk lafazkan bicara.
Untuk luahkan segalanya.
Untuk ungkapkan,

"Sudi tak terima saya."


*letak pen*

*konyok kertas* 

*buang*


Perasan atau tidak,
Hidup kita takkan lari daripada cinta.

Ya.
Cinta itu fitrah.
Tapi bukanlah bermaksud perlu fikir cinta setiap masa.


Perkara fitrah juga perlukan masa.
Masa yang sesuai.


Saja nak tanya.

Random question.

Pernah tak terfikir.
Apa yang akan kau buat,
Jika orang yang kau suka diambil orang?


Setelah lama menyimpan rasa.
Sekian lama memendam kata-kata.


Tapi dek kerana masa,
Dia terlebih dahulu menjadi permaisuri sehari.

Kau pula hanya sekadar pemerhati.


Bibir terus mengukir senyuman.
Seakan semuanya kau terima dengan gembira.

Seperti meraikan rakan di hari yang bahagia.


Semuanya,

Dek kerana masa .


Kau belum bersedia.
Dia pula berhadapan pinangan yang terpaksa diterima.

Kerna dia takut kau tak rasa apa yang dia rasa.
Kau pula tak mampu nak luah apa yang dirasa.


Kerana kau tahu,
Sekarang ini belum sampai masa.


Fuh complicatednya cerita.
Endingnya pun tak tahu nak expect macam mana.


Apa kata kalau kita lajukan cerita.

Mesej utama kalini sangatlah bukan untuk suruh bercinta.
Tapi nak ingatkan,

Inilah kehidupan.


Tak semuanya akan macam drama cinta.

Kadang-kadang ada yang kita tak mampu kawal.
Dan tak mampu miliki.

Tapi yang penting, 
Jangan terlampau tergila-gila mengejar kasih sayang manusia.


Dan jangan sekali-kali berubah kerana seseorang yang tidak pasti.
Cukup ramai dalam hidup aku yang berubah kerana wanita.

Jangan takutkan kesunyian.
Kita kan memang tak pernah keseorangan.

Kita kan ada Si DIA.
Peneman sejati.

Itu belum kira mak ayah lagi.

Ingat.
Peneman Sejati tu jugalah yang akan bagi kau peneman hidup.

So mintaklah gila-gila.
lafazkan keinginan dalam doa.


Laut dan pantai pun boleh berubah.
Inikan pula hati manusia.

Kan?


*ambil balik kertas yang buang tadi*
*simpan dalam laci*

Bukan apa.

Manalah tahu boleh bagi puisi tu sekali dengan masa hantaran kau nanti.

Chia chia chiaaaa.

#pickuplinedewa

Okbye.



 
Header Background Designed by Freepik