Sunday, December 27, 2015

Acrophobia .





"Acrophobia? Macam nama beruang je."

"Acrophobia tu ketakutan mental yang melampau ketika berada di altitud yang tinggi."

"Ha? Takut tinggi? Gayat ke?"

"Err ya. Gayat."

"...."

"Pemilihan tajuk tu penting ok. Don't judge."



********************************************


Bila asyik berada di atas, kita selalu lupa yang sangatlah tidak mustahil untuk kita boleh terhumban ke bawah semula.



Hidup ibarat roda.
Kadang kita di atas.
Kadang berada di bawah.

Bukan kuasa kita untuk menghentikan roda itu dari bergolek.
Untuk menjadikan kita sentiasa di atas.

Ya.
Bukan kuasa kita.


Pernah tak rasa takut bila ada di puncak?
Sebab kau tak nak tengok diri kau berada di bawah lagi macam dulu.


Sebab kau dah letih nak mendaki.

Dah tak larat nak rasa betapa payahnya kau dulu.

Best kan bila ada kat atas? 

Sampai lalai tak reti nak bersyukur.

Heh.


Sebenarnya,
Bukan tak percaya dengan ketentuan tuhan.
Cuma takut diri yang daif ini tak dapat nak bertahan.


Tapi kadang-kadang kan.

Jatuh tu pun disebabkan oleh diri sendiri.

Over confident.
Bongkak.
Ujub.
Ingat diri dah cukup hebat.

Padahal apalah sangat dengan kejayaan yang sekecil batu itu.


Baru dapat pointer tinggi sikit.
Sikit je pun tingginya.

Dah mula malas.

Dulu kalau termenung selalu terpikir cerah ke tidak masa depan.
Sekarang asyik pikir perkahwinan.

Al-Quran pun dah liat nak ada kat tangan.

Mungkin fikir yang kejayaan itu hasil usaha sendiri kot.
Padahal dulu dia sendiri yang minta menggila-gila pada Dia.

Lupa?


Astaghfirullah .


************************************


Sebenarnya ini bukan spesis gayat.
Tapi ini spesis yang tak boleh berada di atas.

Yang sepatutnya memang tak layak nak dapat nikmat Allah.

*Bapak sakit seh main tikam-tikam mental sendiri ni*


Ya.
Aku pun antaranya.

Sebab tu takut.
Takut nikmat semua ditarik.

Bila sedar diri ini memang sangat tak sedar diuntung.

Pelik kan?
Takut nikmat ditarik.
Takut nak jatuh.
Sembang kencang takut itu takut ini.

Tapi still tak nak berubah.

Bodoh.

.

Sudahlah.
It's time to change.
Jangan biarkan kejayaanmu menjadi penghalang untuk masuk ke syurga.
Dan jangan biarkan kononnya 'takut riak' menjadi alasan untuk tidak mahu berjaya.

Bukankah semua kejayaan itu untuk bangkitkan semula Islam?

Jom berubah.

"Kau dah kalah dengan syaitan bila kau berbuat kejahatan. Jadi jangan kalah kali kedua dengan berputus asa dari mengejar pengampunan-Nya."


Malangnya aku tak sekuat itu untuk berubah sendiri.


Kawan.
Boleh pimpin aku semula ke jalan yang betul?

Pimpin aku.
Kita daki sama-sama.
Supaya kita boleh menari-nari kegembiraan bila sampai di puncak nanti.


"Eh lebih elok rasanya kalau kita sujud syukur kat atas tu."

". . ." 

What can I say?
Aku memang sangat perlukan seorang kawan yang akan boleh aku bawa ke syurga.

Sebab tu aku bersyukur dengan siapa yang aku ada sekarang.

Kawan.
Teman.
Terima kasih atas sokongan.

Teruskanlah.
Ingatkan aku pada Dia.
Dekatkan aku pada Pencipta.

Dan yang paling penting,

Kawan.

Tolong pimpin teman kamu yang 'gayat' ini ya :)





Saturday, December 5, 2015

Senyum :)








"It only takes one smile to stop a thousand tears."


Smile though your heart is aching

Smile even though it's breaking.

When there are clouds in the sky

you'll get by.

If you smile through your fear and sorrow

Smile and maybe tomorrow

You'll see the sun come shining through

For you.

Light up your face with gladness,

Hide every trace of sadness.


Although a tear may be ever so near

That's the time you must keep on trying

Smile, what's the use of crying.

You'll see that life is still worthwhile-

If you just smile.


-Smile by Charlie Chaplin-


*****************************************


Senyum.


Itu bukan arahan.
Tapi hanya sebuah pelawaan.

Pelawaan yang insyaAllah akan menjadikan segalanya lebih baik dari sebelumnya.


Senyumlah bila kau jatuh.
Supaya kau bisa tertawa saat kau bangun mendabik dada..

Senyumlah bila kau disakiti.
Supaya kau dapat rasa semula betapa nikmatnya perasaan ceria.


Senyumlah bila kau terseksa.
Kerana kau sudahpun rasa apa yang ditakuti oleh manusia.

Senyumlah bila kau kecewa.
Supaya serba sedikit dapat menggantikan yang duka kepada suka.


Senyumlah bila kau keliru.
Supaya lirikan bibirmu akan menjadi lubuk kekuatan mencari jalan semula.



"When life gives you a reason to cry, show life that you have a thousand reason to smile."



Senyumlah bila kau serba kekurangan.
Supaya ia bisa menjadi sumber pahala mengejar syurga Dia.


Senyumlah bila kau rasa kehilangan.
Supaya yang hilang itu dapat merasa getaran senyumanmu yang manis bak gula.

Senyumlah bila kau ditinggalkan.
Kerana kau sudah tidak lagi akan membuang masa.

Senyumlah bila semuanya tak berjalan seperti yang kau sangkakan.
Kerana sekurang-kurangnya kau sudahpun tahu segala yang terbaik sedang dalam perjalanan, Daripada sang Pencipta.

Senyumlah bila kau dalam pergaduhan,
Supaya senyuman manis kau mampu menjadi tautan dua hati dan jiwa. 

Senyumlah bila kau kerinduan.
Supaya yang jauh merentas benua pun akan terasa seperti sehasta.



"Smile is the shortest distance between two people."




Kau mungkin kata,


"Macam mana dengan senyum boleh selesaikan segalanya?"


Memang.
Masalah tidak akan selesai dengan hanya tersenyum.
Hidup tak semudah itu.

Tapi dengan izin-Nya,
Sebuah senyuman mampu serba sedikit mengubati.

Semoga dengan suntikan sebuah senyuman,
Kau mampu mulakan langkah baru dengan lebih sempurna.


La Tahzan. Innallaha ma'ana.


Semua itu daripada Dia yang sayangkan hambaNya.
Jangan fikir manusia saja mampu membuat kejutan.

"Life is always full of suprises."

Itulah hadiah Pencipta buat mereka yang Dia cinta.

Dia yang memberimu ujian.
Dia jugalah yang akan bersamamu sehingga ke garisan kesudahan.

Senyumlah. 
Fikirkan segala kebaikan yang sedang berlari-lari sedang dalam perjalanan.

Maaflah. 
Maaf jika segala yang aku post ini sia-sia.

Aku manusia biasa yang hanya punya dosa berganda.
Sering lalai dan lupa.

Kadang macam kakak tua.
Hanya tahu berkata-kata. Buatnya tiada.

Menyelesaikan masalah kau memanglah aku tak mampu.
Mendapatkan kepercayaan apatah lagi. Malah jauhnya beribu batu.

Hanya sedikit nasihat sebagai cenderahati.

Senyumlah.
Kau dan aku.
Kita memang akan lebih cantik begitu.


Tetapi.
Cuma satu aku pinta.


Janganlah senyum bila kita bertemu..
Supaya kau tidak akan melihat bagaimana aku boleh terkaku dengan lirikanmu.

#BroCuba #PickuplineDewa


Satu je soalan.
"Tak jealouskah tengok baby yang sentiasa penuh ceria tersenyum tertawa?"
Masalah pun penat nak berdamping dengan mereka.

Jadi, meh kita senyum sama-sama..
Lebarkan senyuman, sebarkan keceriaan .

Semoga Allah memberikan kita kesenangan dan kekuatan dalam memahami malah mendalami sebuah kehidupan. Amin.



Saturday, November 28, 2015

Tunggu .






"Good things come to those who waits."


Sesetengah perkara memerlukan penantian.


Ya .
Penantian itu menyeksakan.
Tapi ia menguatkan.

Mereka kata penantian akan disusuli dengan kegembiraan.
Tapi tak semuanya begitu caranya berjalan.



"Aku akan tunggu kau sampailah masanya bila kau sanggup terima aku."

Bunyinya bodoh.

Masih hidup dalam dunia fantasi.

Seperti dalam dunia cerita cinta melayu.
Kahwin paksa.
Walau bergaduh teruk sebelumnya tetapi akan tetap bahagia.

Nampak manis.
Skrin pun boleh bersemut berkerengga.

Tapi bodoh jika jadikan itu sebagai cita-cita ceritera hidup kita.



Pegangan hidup aku,

"Tak semua yang kita nak, kita boleh dapat."

"Bukan semua orang akan suka kita."


Sebab aku pun tahu.
Tak semua yang diminta tu baik untuk kita.

Tapi Allah akan ganti dengan yang lebih baik.



Bagi aku,

Gentleman ibarat kumbang.

Kumbang yang berusaha untuk menyunting bunga pilihannya.

Tapi andai bunga itu berkeras untuk menguncup,
Maka kumbang akan terpaksa berusaha mendapatkan bunga yang lain.


Zalimlah jika dicop kumbang itu sebagai tamak.

Malah kumbang itulah yang bodoh jika ia tetap juga berkeras untuk menunggu.


Nampak tak?
Kumbang pun reti move on.


And when we look at the bright side,
Dengan moving on, sekurang-kurangnya kumbang tu tahu.

Dia takkan buang masa dengan bunga yang bukan terbaik untuknya.

Kumbang pun belajar,

"Bunga bukan sekuntum."


Permainan sini memang macam ni.
Daripada analogi yang pelik, pusing punya pusing punya pusing,

Terkaitlah juga bahasa alien dengan mesej utama.



Mungkin akan ada yang kata.

Ini semua salah faham.

"Saja nak test. Nak tengok sejauh mana kamu sanggup berkorban dan berusaha."

Well, you know what?

Hidup seekor kumbang bukan hanya untuk sekuntum bunga.


Moving on bukan mudah.
Tapi bila aku cuba untuk tak melihatkan ia sebagai susah,

"Playboy."

"Senangnya mainkan perasaan orang."

"Mesti dah biasa tukar-tukar ni."

"Biasa la lelaki..."


Mamalia memang sangat suka  judge.



Entry ni tak menunjukkan apa-apa.

"Uuu tengah tunggu siapa sebenarnya ni?"

"Wah kene reject ke bang?"

"Ni macam banyak pengalaman je."

"Jom kahwin."


Err.
Mungkin yang akhir tu patut diabaikan.


Menunggu itu tak salah.
Tapi andai penantian itu terhenti,

Jangan salahkan aku.


The answer "No" will always be treated as a "No".

Tiada siapa mahu jadi kumbang bodoh yang menunggu untuk menjaga hati.



Masing-masing ada maruah dan ego tersendiri :)



Saturday, November 21, 2015

Manusia Hero .









"Jangan banyak bunyi kalau tak tahu apa-apa.
Percaya  dan mintalah pada Dia ."




**************************





Pilihan Universiti 2015:
1. UIA, Gambang
2. USIM, Nilai
3. UNIMAS, Sarawak
4. UMS, Sabah
5. UiTM, P.Pinang



Tersenyum puas. Inilah pilihan yang terbaik. Sengaja memilih 4 daripada 5 pilihannya terdiri daripada  universiti yang jauh dari rumah di Kajang. Hanya USIM satu-satunya universiti yang berdekatan. 

Darah muda.
Nafsu ingin mengembara.
Nak cabar diri jauh daripada keluarga.


Kalau difikirkan secara logik,
"Mana mungkin 1 boleh menang melawan 4."


Fikiran manusia.
Jahil.
Rasa diri berkuasa tentukan semua.



********************************************



Tahniah! Anda telah berjaya ditawarkan program seperti berikut:
Tamhidi Perubatan
USIM-Universiti Sains Islam Malaysia

Sila sahkan kehadiran anda sebelum 25 April 2015.




Terdiam.
Memberontak dalam hati,

Kenapa mesti dapat yang dekat?
Kawan-kawan ramai dapat UIA. Siap ada yang dapat kat Penang lagi.
Classmate dah ada yang pergi oversea.
Jiran lak ada yang dapat UNIMAS.
Girlfriend .


.....



Oh lupa.
Girlfriend belum ada.

Kecewa.
Tapi depan keluarga dan kawan,
Bibir tak lekang dari senyuman.

"Alhamdulillah aku dapat Usim. Tak sabar jugak sebenarnya nak pegi."


Hipokrit.
Otak fikir lain. Hati rasa lain. Mulut kata lain.


Persoalannya, nak ikut yang mana?

Otak atau hati .



Hati.
"USIM ni bagus ke? Tu la kau man patut takyah mintak langsung USIM ni. Suruh je la ayah fight untuk dapat UIA."

Otak.
"Terima je man. Mungkin ini yang terbaik. Lagipun, kau takde pilihan. 
Tak layak pegi luar negara kan? Takyah la susahkan parents. Kau dah cukup menyusahkan dah."



Otak ni memang berfungsi untuk seksa hati dengan sarcasm tahap melampau.
Hati pula tak boleh buat apa-apa untuk balas dendam.

Melainkan dengan mematahkan dirinya sendiri.
Dan membiarkan bukan saja otak, malah tuan badan juga akan merana.

*mula jaga hati elok-elok*





**********************************************



"Minggu ni jom futsal, weh !!"

"Malas lah. Nak balik."


"Tah pape je balik tiap minggu. Anak manja ke apa ni?"

"Aah anak manja. Tak nak la jadi macam kau anak derhaka."


*gulp*


Midsem teruk.
Study kat rumah lagi best.
Seronok tengok mak dengan ayah.

Orang yang belajar jauh-jauh menyangap nak balik.
Nak sentiasa dengan keluarga.
Aku yang dah dekat ni takkan terbalik pulak?

Duduk kolej pun bukan ada apa-apa.
Balik rumah boleh makan air tangan mak.

Sedap pun sedap.
Jimat pun jimat.
Bolehlah masukkan duit lebih dalam simpanan untuk buat hantaran.
Eh.


. . .


Kalau difikir semula,

Inilah manusia.
Tidak pernah cukup.

Dulu mahu merantau jauh dari keluarga.

Sekarang,
Setiap minggu tak boleh kalau tak jumpa.


Tapi sebenarnya,
Itulah  yang membuatkan seseorang manusia itu,


Seorang Manusia .



Manusia perlu diingatkan.

Mereka tiada kuasa.

Mereka itu tidak tahu apa-apa.

Apa yang mereka ada hanyalah Pencipta.

Yang Mengetahui segalanya.



Jangan asyik mempersoalkan takdir dan ketentuan.
Kerana kita tidak tahu,

Mungkin itulah yang akan menjadi saluran bagi segala kebaikan.



Life is like a book.
You're the main hero.

Hero doesn't always know his ending.
But it's always end with him winning.


Kemenangan pasti tiba.
Hero hanya perlu usaha sehingga berjaya :)




Tuesday, October 27, 2015

You, Me & Expectation





"Don't expect things to happen. 
It's better to be surprised than to be dissapointed."




************************************




"Wahh ini bakal doktor la ni."

"Budak ni memang belajar takde masalah punya."

"Nanti dah jadi doktor nanti jangan lupa kat kita tau."

"SPM pun dah ok. Lain semua mesti ok jugak ni"

"InsyaAllah mesti akan jadi doktor yg islamik ni."

"Anak akak ni takpe la memang pandai."

"Untungnya akak dapat anak macam ni."


One word.


BERAT.

Terlampau berat untuk memikul amanah sebesar itu.

Ya.
Mereka mungkin tahu apa yang pernah kita capai.

Sentiasa nampak semuanya indah.
Seperti sebuah kehidupan yang tak pernah mengecewakan.

Kadang seolah-olah kita ini sempurna.
Sentiasa dapat apa yang kita mahu.
Seperti nasib sentiasa berjuang bersama.
Seperti tak pernah ada masalah membebani bahu.

Seperti seorang yang boleh mengawal hidupnya.


Tapi,

Hanya kita yang tahu betapa banyaknya kita sudah jatuh tergolek.



Lurah . Gaung .
Semua pernah jadikan kita sebagai mangsa.
.
Mereka tak tahu.
Betapa banyak kesan lebam dan parut yang ada.

Betapa teruk bengkak kesan tangisan di mata.
Betapa lemahnya kita bila ada masanya langsung tak tahu macam mana nak bangun semula.
Betapa seksanya untuk menahan segala caci maki yang ada.

Betapa susahnya untuk tarik diri bangkit ke atas seperti sediakala.

Hanya semata untuk berdiri elok sebagaimana mereka lihat sekarang.


Mereka hanya lihat potensi kita yang mampu mendaki ke puncak tanpa henti.

Kita pula boleh lihat bagaimana kita juga berpotensi,

Untuk tersilap langkah, tergelincir, tersembam ke bawah dan mati.


Hanya tuhan yang tahu.
Betapa sakitnya jatuh tatkala semua mengharap kita untuk berjaya.


Pepatah Inggeris ada kata,

 "Expect nothing and you will never be dissapointed."

Tak perlu susah-susah fikir sesuatu yang belum berlaku.

Jangan berharap.

Kerana harapan akan sentiasa menyakitkan.
Apa yang nak jadi, jadilah.

Just follow the flow.
Kita kan takde kuasa nak buat apa-apa.


TAPI...

Kita kene tahu,


 “Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu terhadap-Ku dan Aku bersamanya ketika dia berzikir mengingati-Ku..."
-Riwayat Bukhari & Muslim-


Islam ajar kita husnudzon.

Sangka baik.

Bukan saja pada manusia, 
Malah pada Pencipta.

Allah beri bukan apa yang kita nak.
Tapi apa yang kita perlu.

Yang terbaik .



Pilihan atas kita.

Nak ikut pepatah barat
 Yang entah membantu entah lagi bertambah sesat.

Atau

Nak ikut hadis seorang insan.
Yang menjadi panduan umat akhir zaman.



Bila difikir semula,


Tiada gunanya fikir apa yang orang anggap.

"We're not in this world to live up to others' expectation."


Just be better than who we are yesterday.

A better us.

Lagipun,

Setiap kata itu doa.


Mereka yang berkata, hanya mendoakan.
Jadi apa kata kalau kita aminkan?


Yang penting,

Kita buat apa yang kita rasa baik.

Kita doakan segala yang terbaik.

InsyaAllah .
DIA akan beri  yang paling baik.


*plot twist yang disengajakan*



Dan untuk sangkaan kemalaikatan.

Budak sekolah agama mungkin dah lali.




"MasyaAllah ni mesti al-hafiz ni."

"Alhamdulillah mesti akan jadi muslim yang power besar nanti."

"Wah mesti selalu solat awal waktu kan budak-budak sekolah agama ni?"

"Aku bukan cam kau selalu qiamullail."

"Silakan syeikh, imamkan pakcik"

"Haa cepat baca doa, dik. Biar makbul sikit."

. . .


Sakit kan bila orang sentiasa sangka kita malaikat?

Sedang hanya kita saja yang tahu kita punya Syaiton Part .

That moment bila semua anggap kita sesuci mutiara.

Sedangkan tangan sudah hitam legam dicemar dosa.

Tapi apa kata kalau kita jadikan segalanya positif.


Mereka sedang bersangka baik pada kita.
Mendoakan kebaikan dan kemalaikatan kita.

Aminkan .

Dan berusahalah untuk menukar sangkaan mereka,
Menjadi kenyataan.


InsyaAllah.
Kita seorang muslim yang hebat dunia akhirat :)
*baik cepat aminkan*



*******************************************


Sunday, July 19, 2015

Sinthesis Raya









Bergema takbir di pagi raya .


Menyambut Syawal tiba.

Bulan mulia.


**************************************************



Hari di mana kisah-kisah lama dibangkitkan semula.


Ratusan orang dijumpa dalam 1 hari.

Memerhati pelbagai kerenah.

Jutaan ragam.


Ada yang cantik di mata.

Ada juga yang hanya menjelikkan pemandangan mata.



It's okay.

Manusia kan tak sempurna.

Tapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha ke arah kesempurnaan.

Yang cantik kita jadikan tauladan.
Yang buruk jadikan pedoman.


Jernih diambil, keruh dibuang,



Segala pemerhatian keluarga dibuat analisis dan disinthesiskan sewaktu perjalanan pulang.

Menjadi pengajaran sekeluarga.

. . . . . . . . 


"Sebab tu la Aiman kena cari isteri yang boleh ngam dengan mama."

"Pastikan sebelum Aiman luahkan apa-apa kat sesiapa, bawak dia jumpa mama dulu."

"Pandai masak tu boleh dididik. Yang penting PANDAI MENGEMAS."

"Cari yang ringan tulang. Yang boleh renyah-renyah kat dapur."

"Lepastu lagi bagus kalau yang boleh masuk dengan orang tua."

"Paling penting cari yang hormat orang tua. Banyak mama jumpa dah zaman sekarang yang isteri layan mak mertua macam kawan je." 

"Kalau boleh jangan cari yang berat mulut. Tapi kalau yang banyak sangat mulut pun susah jugak. Cari yang peramah pada tempatnya la."

"Ala Aiman pun mama tahu mesti cari yang tak banyak mulut sangat kan?"


"Dah ada ke belum man?"



Seorang emak apabila demand tentang bakal menantunya .


"Nanti nak cari yang kerja apa man?"


"Cikgu."


Beginilah berakhirnya sinthesis raya setiap tahun.

Anak pun tak sempat nak tepis serangan-serangan maut seorang ibu.
Kadang keliru.

Yang nak kahwinnya anak ke emaknya?



Tak ada gunanya andai sudah ada sesiapa sekarang.

Habis belajar pun paling kurang 6 tahun.


Kala itu, 
Semua pilihan yang sedia ada sekarang akan disunting orang.


Setiap yang berkenan sekarang memang terpaksa diabaikan.

Demi masa depan semua.



Tapi apabila tiba masa ijazah dalam genggaman,

Akan ku beri #PickuplineRaya, 


Dengan lafaz Bismillah .






Hahahahahaha *mudah terhibur*


Begitulah drama-drama entry Hari Raya.


Maaf Zahir Batin.

Selamat Hari Raya Everyone :)




Sunday, May 31, 2015

Pistanthrophobia









Trust takes a long time to develop,
But needs only seconds to be destroyed .




****************************************


Pistanthrophobia .

Fear of trusting people due to past experiences,

And relationship gone bad .



Rahsia.

Semua orang ada rahsia.

Semua ada sendiri punya cerita.



Tapi apa yang tak semua orang ada,


Sahabat.
Rakan untuk berkongsi cerita.


Rakan gembira beratus tidak terkira.

Rakan duka?
Diri sendiri terlalu takut untuk percaya.




"Trust yourself first before others."



Memang kena percaya diri sendiri.

Tapi itu tak menjadi tiket untuk kita tak memberi ruang kepercayaan untuk orang lain rasai.

Jangan anggap yang semua orang tu sama.



Percayalah,
Itu tidak langsung membuktikan siapa mereka.

Tapi hanya akan mencerminkan betapa selfish-nya kita.


Jangan menghukum seseorang hanya kerana kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.


Kita bukan tuhan.


Sedangkan,
Allah pun membongkar rahsia-rahsia ciptaannya pada makhluk yang Dia cinta.



Siapa?

Manusia.


Kalau tidak,

Takkanlah wujud Rasulullah dan Quran sebagai pembimbing dan penyuluh jalan.

Mengajar rahsia kehidupan.
Berkongsi rahsia kebenaran.



Itu Tuhan.
Membongkar rahsia kepada hambaNya tanpa mengira dosa kita walau sudah mencecah jutaan.


Manusia?
Hanya akan berkongsi rahsia dan cerita pada orang yang mereka percaya.


Percaya.


1 perkataan yang kalau diterangkan akan boleh terkarangnya buku ratusan jilid.


Kita asyik tanya,
 "Kenapa dia tak share cerita dengan aku?"


Pandang cermin.

"Layakkah aku untuk dapat kepercayaan sebegitu?"


Apa yang kita beri, itulah yang kita akan dapat.



Kita sendiri rasa yang tiada orang layak untuk dapat kepercayaan kita.
So adakah kita rasa hanya kita yang layak dipercayai orang?

Tepuk kepala, tanya dada.

Dan tepuklah kepala lagi sekali bila dah dapat jawapannya.
(Kali ni tepuk kuat sikit)


Sebab memang jawapannya TIDAK.


Why?

The more you give, the more you'll get.



Kita beri kepercayaan, kepercayaan juga lah yang akan kita dapat.


But most importantly,
Jangan lupa pada tempat kebergantungan kita yang utama.


Trust Allah.
He never betray you and He never will.


Luahkan segalanya pada Dia.

Jadikan Dia tempat mengadu kita yang pertama dan utama sebelum yang lain.

Dan insyaAllah kita akan lihat bagaimana bantuan yang tiba,


Kita pun rasa malu untuk terima.

Masih lagi dibantu bermacam-macam cara walau kita seharian asyik menjadi kilang dosa.





Bukalah pintu hatimu untuk percaya semula.
Dan percayalah pada tempat yang benar belaka,


Terutama pada Dia :)







Thursday, May 21, 2015

Kental .








"You never know how strong you are until being strong is the only choice you have."

-Bob Marley-




****************************************




"Baby kamu ni still belum bertukar ke posisi normal. Nampaknya kamu kena berusaha lebih keras sikit kali ini."

Doktor masih lagi berpegang pada keyakinannya yang bayi itu akan berposisi normal semula nanti.



Bahang di Labour Room semakin terasa.
Segala kudrat yang sudah Azie keluarkan selama 2 jam seakan sia-sia.

Bayi pula seolah-olah bermain Hide & Seek.
Seperti tidak mahu melihat dunia.
Mungkin tidak sanggup menghadapi dunia yang sudah penuh sesak dengan dosa manusia.

Peluh Arif di sisi Azie mengalir bak air sungai yang sepertinya tiada kesudahan.

Tidak sanggup melihat orang tersayang separuh nyawa kesakitan.



Tiada satu zarah pun dalam dunia ini yang mampu bergerak tanpa Allah yang membenarkan.


Manusia hanya merancang apa yang mereka rasa baik.

Tapi Allah akan sentiasa tentukan dan beri apa yang benar-benar terbaik.


Akhirnya, doktor mengalah.



"Baiklah. Nampaknya kita kena tukar procedure unuk breech baby."


Arif tidak henti-henti berzikir meminta pertolongan Allah agar Azie diberi kekuatan untuk berhempas pulas buat kali kedua.


"Sabar ye yang. Sikit je lagi. Jangan risau. Abang ada ni."


Genggaman tangan mereka semakin erat. Mata Azie sudah mula berkaca.

Memberi mesej yang dia sudah kehabisan tenaga.

Tapi dalam masa yang sama,

Tak sanggup menghampakan suami tercinta.


"Ok bila saya kira sampai 3, kamu push sekuat yang kamu mampu ya. Give everything you got for this last time."


Dan kudrat yang terakhir itu diikuti dengan jeritan kesakitan Azie yang sangat kuat.



Secara teorinya,
Rahim ibu yang melahirkan breech baby akan mengalami kekoyakan beberapa inci lebih besar daripada yang melahirkan normal baby.



Azie dapat merasakan sebahagian tubuh bayinya sudahpun keluar.

Tapi tidak kedengaran pula sebarang tangisan.

"Alhamdulillah punggungnya sudah keluar. Sekarang kami akan tarik baby ini. Tahan sikit ya sakitnya."

"Oh patutlah. Baru punggung yang keluar. Takkan kau expect nak dengar punggung anak kau menangis kot Azie."
*Monolog yang rasanya memang tak kena pada masa*


Tarikan demi tarikan dilakukan oleh doktor.

Azie dapat merasai koyakan dan lukanya semakin membesar.
Sakitnya hanya Allah yang tahu.


Namun segalanya seakan-akan hilang.

Tepat jam 10.40 malam.
Gembira tak terhingga apabila dapat mendengar tangisan bayi yang telah dikandungnya 9 bulan.


Bbibrnya tak pernah lekang daripada mengucapkan syukur kepada Allah.

"Kau masih lagi menolong hambaMu yang asyik diselubung dengan dosa ini, ya Allah."


Lebih sayu apabila mendengar sayup-sayup suara si suami mengazankan anak baru mereka itu.



Allahu Akbar Allahu Akbar...

Memang.

Allah Maha Besar.

Dialah yang paling berkuasa.

Dia yang berkuasa untuk memberikan ketabahan dan kekuatan kepada hambaNya.


"Luka awak akan ambil masa yang sangat lama untuk sembuh."



Sambil mendukung anaknya itu buat kali pertama,

"Bagi Azie anak ni la yang paling sakit  pernah Azie beranakkan. Dia jugak yang bagi paling banyak luka. Tapi insyaAllah,

 Anak ni jugak la yang akan jadi pengubat Azie besar nanti."


"Betul jugak tu. Awak tu dah la banyak penyakit. Haaaa biar anak kita ada la sorang yang akan jadi personal doctor awak."



Nada penuh gurauan.

Tapi Azie tahu yang Arif memang sangat berharap agar ia menjadi nyata.

Dia faham.

Malah, 
Dia juga mendoakan perkara yang sama.


"So awak nak bagi nama apa untuk anak lelaki pertama awak ni?"


"Macam yang kita bincang dulu la bang."

"Nama Yang Bertuah tu?"

Azie tersenyum mengangguk.




Sangat bertuah.

Anak lelaki pertamanya.

Breech Baby pertamanya.

Anak yang menjadi penyebab kepada luka besarnya.

Dan insyaAllah,

Anak yang akan sentiasa menjadi pengubatnya.


"Aiman Arif Bin Arifin."




*****************************************************




Apa saja di dunia ini tak lain tak bukan hanya milik Tuhan.

Begitu juga dengan kekuatan.

Mintalah.

Allah never says NO.

Kekuatan akan tiba dengan cara yang kita sendiri tidak akan sangka :)






 
Header Background Designed by Freepik