"You never know how strong you are until being strong is the only choice you have."
-Bob Marley-
****************************************
"Baby kamu ni still belum bertukar ke posisi normal. Nampaknya kamu kena berusaha lebih keras sikit kali ini."
Doktor masih lagi berpegang pada keyakinannya yang bayi itu akan berposisi normal semula nanti.
Bahang di Labour Room semakin terasa.
Segala kudrat yang sudah Azie keluarkan selama 2 jam seakan sia-sia.
Bayi pula seolah-olah bermain Hide & Seek.
Seperti tidak mahu melihat dunia.
Mungkin tidak sanggup menghadapi dunia yang sudah penuh sesak dengan dosa manusia.
Peluh Arif di sisi Azie mengalir bak air sungai yang sepertinya tiada kesudahan.
Tidak sanggup melihat orang tersayang separuh nyawa kesakitan.
Tiada satu zarah pun dalam dunia ini yang mampu bergerak tanpa Allah yang membenarkan.
Manusia hanya merancang apa yang mereka rasa baik.
Tapi Allah akan sentiasa tentukan dan beri apa yang benar-benar terbaik.
Akhirnya, doktor mengalah.
"Baiklah. Nampaknya kita kena tukar procedure unuk breech baby."
Arif tidak henti-henti berzikir meminta pertolongan Allah agar Azie diberi kekuatan untuk berhempas pulas buat kali kedua.
"Sabar ye yang. Sikit je lagi. Jangan risau. Abang ada ni."
Genggaman tangan mereka semakin erat. Mata Azie sudah mula berkaca.
Memberi mesej yang dia sudah kehabisan tenaga.
Tapi dalam masa yang sama,
Tak sanggup menghampakan suami tercinta.
"Ok bila saya kira sampai 3, kamu push sekuat yang kamu mampu ya. Give everything you got for this last time."
Dan kudrat yang terakhir itu diikuti dengan jeritan kesakitan Azie yang sangat kuat.
Secara teorinya,
Rahim ibu yang melahirkan breech baby akan mengalami kekoyakan beberapa inci lebih besar daripada yang melahirkan normal baby.
Azie dapat merasakan sebahagian tubuh bayinya sudahpun keluar.
Tapi tidak kedengaran pula sebarang tangisan.
"Alhamdulillah punggungnya sudah keluar. Sekarang kami akan tarik baby ini. Tahan sikit ya sakitnya."
"Oh patutlah. Baru punggung yang keluar. Takkan kau expect nak dengar punggung anak kau menangis kot Azie."
*Monolog yang rasanya memang tak kena pada masa*
Tarikan demi tarikan dilakukan oleh doktor.
Azie dapat merasai koyakan dan lukanya semakin membesar.
Sakitnya hanya Allah yang tahu.
Namun segalanya seakan-akan hilang.
Tepat jam 10.40 malam.
Gembira tak terhingga apabila dapat mendengar tangisan bayi yang telah dikandungnya 9 bulan.
Bbibrnya tak pernah lekang daripada mengucapkan syukur kepada Allah.
"Kau masih lagi menolong hambaMu yang asyik diselubung dengan dosa ini, ya Allah."
Lebih sayu apabila mendengar sayup-sayup suara si suami mengazankan anak baru mereka itu.
Allahu Akbar Allahu Akbar...
Memang.
Allah Maha Besar.
Dialah yang paling berkuasa.
Dia yang berkuasa untuk memberikan ketabahan dan kekuatan kepada hambaNya.
"Luka awak akan ambil masa yang sangat lama untuk sembuh."
Sambil mendukung anaknya itu buat kali pertama,
"Bagi Azie anak ni la yang paling sakit pernah Azie beranakkan. Dia jugak yang bagi paling banyak luka. Tapi insyaAllah,
Anak ni jugak la yang akan jadi pengubat Azie besar nanti."
"Betul jugak tu. Awak tu dah la banyak penyakit. Haaaa biar anak kita ada la sorang yang akan jadi personal doctor awak."
Nada penuh gurauan.
Tapi Azie tahu yang Arif memang sangat berharap agar ia menjadi nyata.
Dia faham.
Malah,
Dia juga mendoakan perkara yang sama.
"So awak nak bagi nama apa untuk anak lelaki pertama awak ni?"
"Macam yang kita bincang dulu la bang."
"Nama Yang Bertuah tu?"
Azie tersenyum mengangguk.
Sangat bertuah.
Anak lelaki pertamanya.
Breech Baby pertamanya.
Anak yang menjadi penyebab kepada luka besarnya.
Dan insyaAllah,
Anak yang akan sentiasa menjadi pengubatnya.
"Aiman Arif Bin Arifin."
*****************************************************
Apa saja di dunia ini tak lain tak bukan hanya milik Tuhan.
Begitu juga dengan kekuatan.
Mintalah.
Allah never says NO.
Kekuatan akan tiba dengan cara yang kita sendiri tidak akan sangka :)
Mintalah.
Allah never says NO.
Kekuatan akan tiba dengan cara yang kita sendiri tidak akan sangka :)
No comments:
Post a Comment