Saturday, May 9, 2015

Pantai .









"Hai manusia, jika dari generasi pertama sampai terakhir, baik jin dan manusia berkumpul dalam satu tempat untuk meminta kepadaKu, lalu masing-masing orang meminta untuk dipenuhi kebutuhannya, niscaya hal tersebut tidak mengurangi sedikit pun dari kekuasaanKu, kecuali hanya seperti jarum yang dicelupkan di laut." 

-HR. Muslim-




Pantai.

Kadang surut, kadang pasang.

Begitulah rezeki.

Kadang seperti laut, kadang ibarat tanah gersang.


Tapi jangan lupa pada sifatnya yang lagi satu.


LUAS .


Laut itu saja sudah luas.
Andaikata masih belum merasa luas,

Jangan lupa.

Pantai juga ada pasir-pasirnya.
Tempat di mana manusia berkelah dan bergembira.

Tapi jikalau dengan segala itu juga masih belum puas,


Mohon hentakkan kepala dengan kulit durian laju-laju.


Rezeki itu subjektif.
Bukan hanya wang dan kemenangan semata.
Tetapi setiap apa yang diberiNYA,

Demi kebahagiaan kita.

Boleh jadi kekalahan itu yang terbaik.
Jangan hanya asyik pandai mempertikai.


Apalah sangat pengetahuan kita kalau nak dibandingkan dengan Yang Esa.



Yang sudahpun tahu entri ini akan ditulis sebelum pun kita dicipta.

Allah knows literally EVERYTHING.

What's the best and the worst.

He also knows how to make surprises.

By giving the ones He loves the best for them in many ways.



Bagitulah pantai.

Keindahannya berbeza-beza.

Ada yang cantik pada pasirnya.

Ada yang cantik pemandangannya,


Dan ada juga yang cantik pada airnya.
*Well obviously not port dickson*



Rezeki takkan datang sekedebuk dalam bentuk yang sama.


Jangan samakan hasil kerja Allah dengan manusia biasa.
Jangan asyik marah dan pertikaikan rezeki sendiri.



Duduk sejenak dan tanya diri,

"Siapa tuhan dan siapa hamba."


Sesungguhnya rezeki itu sudah ada.
Kita yang perlu cari apa yang perlu disyukuri.


Namun,
Manusia lebih banyak mengeluh daripada bersyukur.


Nikmat yang beratus-ratusan.
Asyik kita tutup dan pandang sebelah mata hanya kerana satu kesusahan.


Sedangkan sedar ataupun tidak,

Allah boleh tarik setiap nikmat bila-bila masa.

Hanya 'Kun Fa Yakun' sebagai kata.



Jom ambil 1 masa.

Hayati setiap yang kita ada.

Dalami segala apa yang terjadi dalam setiap episod suka duka.

Dan percaya,


Yang lebih baik sedang menunggu kita :)





No comments:

Post a Comment

 
Header Background Designed by Freepik