Tiada apa yang layak dijadikan senjata utama seorang muslim melainkan doanya kepada Yang Esa.
*******************************************
"Anak kedua awak ni breech baby. Tapi saya yakin dia akan berubah ke posisi asal sebelum awak melahirkan."
Kata-kata doktor yang asyik terngiang-ngiang di telinga Azie.
Manjadi satu debaran kerana ini merupakan kali pertama dia akan melahirkan breech baby.
Breech baby ialah term yang digunakan untuk bayi yang berada dalam keadaan songsang di dalam rahim ibu.
Bayi yang sepatutnya keluar kepala dahulu akan bermain sorok-sorok dan akan keluar melalui kaki ataupun punggung dahulu.
"Rileks la, yang. Awak kan dah pernah masuk dalam Labour Room tu. InsyaAllah ok punya la. Awak kan taiko. Hehe.."
Azie hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya.
Siapa sangka.
Lelaki yang dulunya sering dia pandang sebelah mata.
Lelaki yang dulunya sering dia ketawakan kerana misai tebalnya.
Lelaki yang sering dia kritik kerana sikapnya yang suka cakap lepas.
Namun lelaki itulah yang kini sedang berada disisinya.
Menggenggam tangannya.
Menunggu masa untuk masuk ke dalam Labour Room bagi melahirkan anak yang kedua.
Benar mereka kata.
Jodoh itu rahsia Tuhan.
Manusia pula asyik menyalahkan takdir apabila hubungan sering berkesudahan..
Allah tahu siapa yang terbaik untuk kita.
Kita asyik fikir siapa yang kita mahu.
Tapi Allah akan sentiasa bagi siapa yang kita perlu.
"Bang, kalau Azie mati, tolong jaga anak kita elok-elok ya. Bagitahu Afrina yang dia akan jadi kakak lepasni."
Perempuan.
Penuh dengan emosi.
Kalau boleh mahu saja jadikan menangis itu sebagai hobi.
"Ok yang. Abang akan bagitahu Afrina yang dia akan ada adik baru. Siap dapat set combo happy meal sekali dengan mak baru lagi."
ZASSS !!
Belum sempat pun Arif ketawa lagi dia sudah diberi cubitan maut sebagai santapan di pinggang.
"Abang selalu sangat macam ni. Memang nak sangat kan Azie mati kan dalam Labour Room tu?"
"Abang bergurau je la. InsyaAllah walau apa pun terjadi dalam bilik tu, abang akan tetap bersama-sama dengan Azie tau."
Pujukan yang disertai senyuman yang tidak pernah mengecewakan untuk menceriakan Azie.
"Janji?"
Soalan yang hanya dibalas anggukan Arif.
Kesakitan mula dirasai Azie.
Kali ini lebih sakit daripada ketika dia melahirkan Afrina dulu.
"Abang ..."
Azie menunjukkan kepada suaminya cecair merah yang mengalir di kakinya tika itu.
"NURSE !!!"
Suasan bertukar kabut.
Ketika itu Arif tahu.
Tiada siapa lagi mampu membantu.
Melainkan Tuhan yang Satu.
"Ya Allah. Andai kami masih berpeluang untuk bersama, kuatkanlah kami menempuh dugaanmu ini bersama-sama. Tapi andaikata ini yang terakhir,
Izinkan aku mengucupnya.
Kerana sekurang-kurangnya aku sudah pun boleh mencium bau syurga,
Melalui dia."
*********************************************
Pergilah sejauh mana yang kamu suka, Tapi ingatlah tika kamu berduka,
Yang boleh membantu hanyalah DIA :)
Soalan yang hanya dibalas anggukan Arif.
Kesakitan mula dirasai Azie.
Kali ini lebih sakit daripada ketika dia melahirkan Afrina dulu.
"Abang ..."
Azie menunjukkan kepada suaminya cecair merah yang mengalir di kakinya tika itu.
"NURSE !!!"
Suasan bertukar kabut.
Ketika itu Arif tahu.
Tiada siapa lagi mampu membantu.
Melainkan Tuhan yang Satu.
"Ya Allah. Andai kami masih berpeluang untuk bersama, kuatkanlah kami menempuh dugaanmu ini bersama-sama. Tapi andaikata ini yang terakhir,
Izinkan aku mengucupnya.
Kerana sekurang-kurangnya aku sudah pun boleh mencium bau syurga,
Melalui dia."
*********************************************
Pergilah sejauh mana yang kamu suka, Tapi ingatlah tika kamu berduka,
Yang boleh membantu hanyalah DIA :)
alhamdulillah..akhirnya anda selamat juga dilahirkan
ReplyDelete