Trust takes a long time to develop,
But needs only seconds to be destroyed .
****************************************
Pistanthrophobia .
Fear of trusting people due to past experiences,
And relationship gone bad .
Rahsia.
Semua orang ada rahsia.
Semua ada sendiri punya cerita.
Tapi apa yang tak semua orang ada,
Sahabat.
Rakan untuk berkongsi cerita.
Rakan gembira beratus tidak terkira.
Rakan duka?
Diri sendiri terlalu takut untuk percaya.
"Trust yourself first before others."
Memang kena percaya diri sendiri.
Tapi itu tak menjadi tiket untuk kita tak memberi ruang kepercayaan untuk orang lain rasai.
Jangan anggap yang semua orang tu sama.
Percayalah,
Itu tidak langsung membuktikan siapa mereka.
Tapi hanya akan mencerminkan betapa selfish-nya kita.
Jangan menghukum seseorang hanya kerana kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
Kita bukan tuhan.
Sedangkan,
Allah pun membongkar rahsia-rahsia ciptaannya pada makhluk yang Dia cinta.
Siapa?
Manusia.
Kalau tidak,
Takkanlah wujud Rasulullah dan Quran sebagai pembimbing dan penyuluh jalan.
Mengajar rahsia kehidupan.
Berkongsi rahsia kebenaran.
Itu Tuhan.
Membongkar rahsia kepada hambaNya tanpa mengira dosa kita walau sudah mencecah jutaan.
Manusia?
Hanya akan berkongsi rahsia dan cerita pada orang yang mereka percaya.
Percaya.
1 perkataan yang kalau diterangkan akan boleh terkarangnya buku ratusan jilid.
Kita asyik tanya,
"Kenapa dia tak share cerita dengan aku?"
Pandang cermin.
"Layakkah aku untuk dapat kepercayaan sebegitu?"
Apa yang kita beri, itulah yang kita akan dapat.
Kita sendiri rasa yang tiada orang layak untuk dapat kepercayaan kita.
So adakah kita rasa hanya kita yang layak dipercayai orang?
Tepuk kepala, tanya dada.
Dan tepuklah kepala lagi sekali bila dah dapat jawapannya.
(Kali ni tepuk kuat sikit)
Sebab memang jawapannya TIDAK.
Why?
The more you give, the more you'll get.
Kita beri kepercayaan, kepercayaan juga lah yang akan kita dapat.
But most importantly,
Jangan lupa pada tempat kebergantungan kita yang utama.
Trust Allah.
He never betray you and He never will.
Luahkan segalanya pada Dia.
Jadikan Dia tempat mengadu kita yang pertama dan utama sebelum yang lain.
Dan insyaAllah kita akan lihat bagaimana bantuan yang tiba,
Kita pun rasa malu untuk terima.
Masih lagi dibantu bermacam-macam cara walau kita seharian asyik menjadi kilang dosa.
Bukalah pintu hatimu untuk percaya semula.
Dan percayalah pada tempat yang benar belaka,
Terutama pada Dia :)